Tuesday, September 20, 2005

Adikarya Akalbudi Melayu

Bersyukur ke hadrat Allah Subhanawataala, seorang sahabat dipergh dot com telah mengirimkan sisipan Esei yang dikarang oleh Tuan Muhammad Hj Salleh, seorang sasterawan negarawan. Semoga esei karangan beliau ini menjadi inspirasi kepada saya dan penulis-penulis di luar sana untuk membongkar sejarah asal usul budaya Melayu amnya. Insya Allah. Di sini saya perturunkan sebahagian petikan esei beliau. Jutaan terima kasih kepada empunya buah karangannya.
Esei 1

Sulalat al-Salatin:
Adikarya Akalbudi Melayu.
Muhammad Haji Salleh



Wabihi nasta ina billahi

Walau pun kritikan sastera meletakkan dasar yang rasional untuk penilaian sesebuah karya namun begitu dalam ruang gerak bidang ini kita dibenarkan merasa ghairah, merasa terkesan oleh pencapaian besar sebuah adikarya, secara yang istimewa dan/atau menyentuh diri secara peribadi. Tetapi pembacaan karya sastera adalah suatu tindakan yang masih berpijak pada tanah kenyataan yang cukup pejal - tanah sastera yang tua dan bertradisi kukuh -- seni yang bersandarkan bahasa dan pengkisahan. Maka dengan izin kritikan sastera ini saya memerikan gumpalan pengalaman saya sewaktu menikmati sastera Melayu, mungkin dengan palitan ironi bahawa hal ini saya lakukan setelah mempelajari sastera Inggeris, Jepun dan China. Dengan rasa bahawa saya sedang berdiri di depan rimba rahasia fikiran leluhur maka sebagai seorang pembaca Melayu, betapa pun saya terpisah dari akar ini, dan juga sebagai seorang pengarang yang menghadapi pendahulunya, saya berdiri kagum. Inilah suatu pengalaman bandingan, bukan saja dengan sastera barat tetapi juga dengan karya-karya timur atau Afrika lainnya. Pengalaman ini cenderung mengatakan dalam seluruh sastera berbahasa Melayu tiada sebuah karya pun yang menawan, mengesan-ghairahkan seintens Sulalat al-Salatin/ Sejarah Melayu. Saya melalui suatu pengalaman agung membaca sebuah karya agung, yang sering saya bandingkan dengan membaca Shakespeare atau Goethe atau Ramayana. Sebuah karya yang baik kekal lama dalam diri pembacanya dan malah bangsa yang menciptanya. Dan yang dialami bukan saja suatu pengalaman estetik yang sublim tetapi juga pengalaman perasaan dan akaliah yang bermakna, dan (untuk menggunakan istilah Robert Frost) `membijaksanakan.

2 comments:

Jim Wilson said...

Some Final Emmy Thoughts
Who better to comment sardonically on the current state of Hollywood than the underappreciated screenwriter? Here now are some of our favorite screenwriter blogs, reflecting both those who have made it and ...

Jerry Wilson
Editor & Producer
Vegas Buzz News / Radio
www.vegasbuzzz.com
www.vegasbuzzradio.com
www.vegasnews.squarespace.com

Kalamtimur said...

thank you for skimming my blog, keyqueen in your listing.