Saturday, August 13, 2005

Naga Berkembar Si Jenjan Bangau Putih II

MS 5

Mahligai Kencana Sri Bitara

Sri Bitara kelihatan sedang merancang sesuatu. Lalu dipanggil dua orang penasihatnya, Si Pepatih Mulus dan Si Udai Prapacong.

"Apakah barang pekerjaan yang Sri Bitara ingin titahkan kepada kami berdua.?"
Si Pepatih Mulus

" Hamba lihat latihan Megat Alam, tidak begitu sempurna. Apa pendapat sahabat bedua sekelian?"
Sri Bitara

"Pada fikiran hamba, jurus-jurus si Megat Alam itu nampaknya kurang bertenaga."
Si Udai Prapacong.

"Apakata, kalau kita mengirimkannya berguru ke Kuala Pahang. Khabarnya di sana terdapat seorang guru persilatan yang hebat dan lagi alim."
Si Papatih Mulus

"Elok sekali pendapat tuan hamba. Kalau begitu, sekarang juga panggil guru Megat Alam, mengadap "
Sri Bitara

"Mohon perkenankan, kami pergi memanggilnya sekarang juga."
Si Udai Prapacong dan Si Pepatih Mulus.

Apakah rancangan yang sedang bermain-main di kepala Sri Bitara sebenarnya?

Sebentar kemudian, guru Megat Teri Alam pun tiba. Dengan isyarat mata, Si Udai Prapacong dan Si Perpatih Mulus pun beredar.

'Apakah gerangan, penghulu Sri Bitara memanggil sahaya?"
Anjang Aki

"Pada pandangan hamba, si Megat ini suatu hari nanti akan menjadi seorang yang berjasa besar."
Sri Bitara

"Maksud tuan hamba?"
Anjang Aki

"Apa kata kalau kita hantar si Megat keluar dari Serendah Kebun Bunga ini. Biar dia merantau. Dapatlah dia menambah sedikit ilmu di dada."
Sri Bitara

Anjang Aki terdiam sebentar. Lalu Sri Bitara menyambung bicara.

"Lagi pun hamba lihat, si Megat ini suka benar akan puteri hamba Mayang Sari. Mereka pun masih ibarat kata gulai sedap, nasi tidak masak."
Sri Bitara

"Ya hamba mengerti, Sri Bitara. si Megat itu masih lagi anak-anak. Belum begitu matang untuk memperisterikan Mayang Sari."
Anjang Aki.

"Baiklah, kalau begitu pinta Sri Bitara, akan segera hamba laksanakan. Kerja hamba akan lebih mudah."
Anjang Aki menyambung lalu pohon beredar.

MS 6

Keesokan harinya, Megat Teri Alam sudah bersiap-siap untuk belayar. Di pengkalan Sri Bitara, Anjang Aki, Mayang , Si Kembang China , Awang Kerak Nasi mengucapkan selamat jalan kepada Megat Teri Alam.

"Hamba bermohon selamat tinggal. Kalau ada sumur di bendang boleh, kita menumpang mandi. "
Megat Teri Alam

"Ya baik-baik di negeri orang, jangan sampai dibenci orang."
Sri Bitara berpesan.

Setelah nakhoda memberi arahan kepada anak kapal, sauh pun dinaikkan orang. Layar pun diturunkan dan dipasangkan. Perlahan-lahan kapal layar meninggalkan pengakalan lalu menuju ke Inderapura.

Kapal yang membawa barang dagangan itu pun singgah dibeberapa pelabuhan dan pengkalan sepanjang pantai. Setelah tujuh hari barulah kapal itu masuk ke muka Kuala Pahang.

MS 7

Sementara itu, pada hari ke tujuh Tok Kemuning telah didatangi oleh lelaki yang mengupahnya menyiapkan ukiran Si Jenjang Bangau Putih.

Lelaki itu tersenyum puas kerana kerja-kerja Tok Kemuning sangat halus. Lalu diberi upah seperti yang dijanjikan.

Sebentar kemudian Si Jenjang Putih pun siap terpasang dihaluan perahu besar Semerluki. Dengan semangat pahlawan samudera, Semerluki pun memerintahkan pengikut-pengikutnya belayar. Misinya kali ini ialah untuk menjejak Langkuik Si Helang Merah.

Si Jenjang Bangau Putih kelihatan amat gagah seperti dua puluh yang lalu. Ombak laut diredahnya dengan penuh berhati-hati. Semerluki berdiri dengan perkasanya di atas perahu layar sambil memerhati ke lautan nan luas. Begitu juga pengikutnya sembilan orang pengikutnya yang dikumpul dari Laut Sulu dan Laut Makassar.

Keris Tarung Berkembar telah siap dikerjakan oleh Tok Tempa. Setelah menyiapkan sarung dari kayu yang baik-baik pilihannya dan hulunya pula diperbuat dari gading gajah. Ukirannya pula kepala naga setiap satu. Setelah siap diperlimau dan di perasap serta jampi serapah, Tok Tempa pun belayar ke Serendah Kebun Bunga untuk dipersembahkan kepada Sri Bitara.


MS 8

Setelah berbulan-bulan lamanya di Kuala Pahang, Megat Teri Alam pun kembali ke Serendah Kebun Bunga. Betapa segaknya Megat Teri Alam. Ilmu kini penuh di dada.

Keris Tarung Naga Berkembar bakal jadi rebutan pendekar dalam dan luar negeri. Sri Bitara mengumumkan untuk diadakan sayembara pesilat-pesilat dari seantero negeri. Ramai yang datang mencuba nasib namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Setelah sekian lamanya tiada pencabar yang boleh menewaskan Megat Teri Alam, maka Keris Tarung Naga Berkembar pun diserahkan kepadanya.

Megat Teri Alam diberi persalinan yang baik-baik dan dilantik sebagai pendekar diraja.

Datang satu perkhabaran , Semerluki telah mengamuk dilaut dan banyak kapal-kapal yang dirompaknya. Ramai pedagang yang datang mengadu kepada Sri Bitara.

Sri Bitara pun memerintah Megat Teri Alam dan Perkasa menghapuskan Semerluki.

1 comment:

Kalamtimur said...

haha layan sikit, boleh noo??? terbias cerekarama pulak, hehehe...