Thursday, August 11, 2005

Naga Berkembar Si Jenjan Bangau Putih

Skrip:
Masa terlalu pantas berlalu, Sri Bitara kini mempunyai sebuah mahligai dibina diatas sebuah tanah yang dikelilingi pagar yang sentiasa dikawal rapi. Umurnya semakin bertambah, berat badannya semakin bertambah jua. Isterinya yang kelihatan semakin berusia pun kini kelihatan semakin cantik dengan pelbagai hiasan dan pakaian yang diperbuat daripada tenunan yang amat halus. Keadaan rakyat jelata semakin bertambah baik. Pendek kata tiada seseorang pun yang mati kebuluran. Betapa limpah rahmatnya Allah kurniakan kepada mereka. Rezeki datang berlimpah-limpah, para pedagang datang jauh dan dekat. Saudagar dari Timur Tengah dan Timur Jauh. Negeri-negeri berhampiran pun ingin berbaik-baik dan menghantar wakil setiap tahun. Raja Ligor pun amat gembira lalu mengurniakan Serendah Kebun Bunga sebagai satu jajahan yang diterajui oleh Sri Bitara. Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kini semakin lemah. Wakil-wakil dari Singgahsana di Majapahit tiba menghantar wakilnya ke Ligor. Langkasuka, Petani, Pan-Pan, Fo Lo An dan Phaeng pun membebaskan diri mereka dari penguasaan Srivijaya. Langkuik Si Helang Merah kini semakin mengganas dan menambah pengikut-pengikut dari wialayah yang dijarahinya. Walaupun sudah bertambah tua, namun tiada sekelumit pun keinsafan di sanubarinya. Semerluki dari Makassar pun turut ingin menguasai jalan laut. Semerluki aka Megat Kembar Ali kini mengumpul pahlawan-pahlawan upahan dari segenap Nusantara. Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menguasai jalan laut perdagangan serta menjejak Langkuik Si Helang Merah untuk meleraikan dendam yang terbuku dihatinya. Anjang Aki telah melatih dan memperturunkan ilmu mempertahan diri kepada Alam. Ma Huang Zhe telah mengamanah seorang pemanah dari Mongol- Pemanah Helang kepada Sri Bitara untuk mengajar Perkasa ilmu memanah. Busar dan panah Perkasa pula diperbuatkan oleh moyang Pemanah Helang. Alam pula dihadiahkan sepasang Keris Kembar dari Tok Tempa seorang 'pandai keris' yang berasal dari Majapahit. Pertelingkahan antara Langkuik dan Semerluki di gerbang laut dihujung tanjung turut disertai Perkasa dan Alam. Kemunculan Petaka Alam dan puak Jiba'Uq buat pertama kali di Serendah Kebun Bunga. Apakah kesan dan kesudahannya?
MS 1 Semerluki kelihatan mundar mandir di atas kapal layarnya Naga Pelangi. Sekian lamanya dia yang menyembunyikan identitinya supaya tidak dikenali. seluruh pelusuk Lautan Nusantara telah dijelajahinya sehingga tiba waktunya dia kembali ke Serendah Kebun Bunga. Wajahnya pun sudah beransur berubah, terdapat garis-garis kerutan menandakan usianya semakin bertambah. Rambutnya yang panjang sudah pun menampakkan warna-warna putih kelabu. (uban)
Dialog:
"Hampir separuh usia ku habiskan dilautan ini." Semerluki "Tiba masanya aku kembali ke pangkuan mu Serendah Bunga." Semerluki "Barangkali sudah besar putera yang ku tinggalkan 20 tahun yang lalu." Semerluki "Kali terakhir aku melihatmu tempohhari dirumah Penghulu, ketika itu usiamu sudah mengjangkau 10 tahun."
Semerluki
"Kemana menghilang, isteri kesayanganku, Nur Nilam Sari?"
Semerluki

Kapal layar Naga Pelangi terus membelah Lautan China Selatan. Ombak kelihatan bergulung dan laut seakan mengizinkan kembalinya pahlawan Samudera itu. Di atas kapal itu, Semerluki diiringi 9 pahlawan yang gagah perkasa. Muka mereka kelihatan amat bengis al-maklumlah mereka ini terdiri daripada pahlawan-pahlawan upahan. Sudah habis pelusuk lautan di Nusantara di redah mereka. Sudah berpuluh-puluh persinggahan telah mereka singgah. Kapsyen: Pahlawan Bugis 3 Bersaudara , 3 orang pahlawan Sulu dan 3 orang pahlawan dari Kalimantan. Mereka tidak pernah mengerti gentar.
MS 2
Di satu lokasi yang lain. Tok Tempa 'pandai keris" sedang melakukan kerja-kerjanya menepa senjata. Api ditempat didapur Tok Tempa kelihatan marak sekali. Puing-puing dan bunga-bunga api kelihatan berterbangan setiap kali Tom Tempa membesarkan nyalaan api itu. Di tangannya terdapat besi panas yang sudah disepuh, kelihatan seperti besi kuning keemasan. Tangannya sudah mula melakukan kerja-kerja menyepuh keris. Sudah banyak keris yang dihasilkannya oleh keturunannya di Tanah Jawa. Bagi Tok Tempa, keris tarung yang akan dihasilkan ini akan menjadi satu keris yang istemewa. Barangkali sipemakainya adalah bukan calang-calang pendekar. Dapur tempah menyepuh keris sudah siap dibubuh bara arang dari jenis kayu bakau yang dipilih. Api kelihatan marak. Diluar angin sepoi-sepoi bahasa sedang bertiup dengan nyaman. Tok Tempa menghasilkan kerja-kerja seolah-olah diuliti tari oleh muzik gamelan.
MS 3
Megat Teri Alam kini berada dibawah jagaan Anjang Aki. Setiap hari akan terus berlatih persilatannya. Jurus demi jurus sudah dihafalnya. Sri Bitara tersenyum puas. Megat Teri Alam bakal menjadi seorang pendekar yang terkenal seentero negeri. Dalam masa yang sama Perkasa yang turut berlatih memanah dari gurunya dari Tanah Besar Mongolia, Pemanah Helang pun tidak kurang hebatnya. Ketangkasannya berlari meredah belantara dan hutan bagaikan seekor kijang liar. Ketajaman matanya bagaikan seekor helang. Dia dapat memanah sasaran dengan begitu tepat. Ketangkasannya diaduni dengan ilmu yang diajar oleh Sahabat Rimba, Pemanah Helang dan Si Kijang Emas.
MS 4
Tok Kemuning, si pandai ukir sedang beristerehat di pekan sehari. Sambil menghirup secangkir kopi pahit, tangannya menggulung daun nipah yang berisi tembakau Jawa. Asap dari tembakau Jawa itu dihembus perlahan-lahan tanda puas. Tidak ramai orang di warung itu hanya terdapat dua tiga orang termasuk pemilik warung tersebut. Tiba-tiba salah seorang yang duduk dihujung menghampirinya lalu menyapa Tok Kemuning.
"Berapa upah yang tuan hamba perolehi untuk menyiapkan mahligai Sri Bitara?"
Lelaki yang hanya kelihatan bahagian belakang sahaja. Tok Kemuning tidak menyahut sapaannya dan disebaliknya mengehembus asap rokok daun nipahnya. Berkepul-kepul asap rokok. Tok Kemuning kemudian menunjukkan tiga jarinya. Sambil menunjukan lidahnya yang sudah terpotong. Lelaki itu pun faham lalu berkata.
"Cisss, cuma tiga tahil perak sahaja mahligai yang halus begitu buatannya."
"Hamba boleh beri upah yang berlipat ganda untuk satu pekerjaan yang kecil sahaja."
Lalu lelaki itu memberikan tiga bungkusan berisi pitis emas kepada Tok Kemuning. "Hamba mahukan tuan hamba membuatkan kepala Si Jenjan Bangau Putih dalam 7 hari dari sekarang." Tok Kemuning hanya dapat melontarkan senyuman kerana barang yang dipinta itu mudah sahaja dikerjakan. Lelaki itu kemudian meninggalkan warung itu.
"Ingat , hamba akan memberikan upah empat kati lagi pitis emas. Pastikan barang itu halus buatannya."
Sumber

4 comments:

kromosom said...

whoa, chun la che'gu, lengkap nih

Perkasa Alam - Satu Kesinambungan said...

Masih banyak kelemahan, skrip belasahan hehe... Tak reti nak bagi visual direction untuk movement karekter. Kalau ada teguran, silakan.

kromosom said...

visual direction tu 2nd thing che-gu, yang penting plotting utama.

selalunya kalau detail sgt describe sampai pergerakan camera pon ada akan memeningkan + menghadkan kreativiti pelukis.

tapi takpa, better more than less.

Perkasa Alam - Satu Kesinambungan said...

Insya Allah saya cuba buat sesimple yang boleh. Barangkali terpengaruh dengan stail penulisan cerpen.

Terima kasih.