Wednesday, August 24, 2005

Lambaian Pulau dan Kabut Sutera Ungu




Di Mahligai Kencana Sri Bitara

Sri Bitara kelihatan amat gusar sekali. Udai Prapacong dan Perpatih Mulus, kedua orang penasihat Sri Bitara itu tidak lekang dekatnya duduk mereka. Mereka tidak sabar-sabar menanti kedatangan Megat Teri Alam.

Perkasa yang telah lama menunggu dengan sabarnya tidak berbicara pun. Sekali-sekala dia merenung wajah ketiga orang tua itu satu-persatu. Dia cuba menyelami sedalam-dalamnya melalui gerak hatinya.

Sebentar kemudian, Megat Teri Alam muncul dengan segak dan lagaknya sebagai 'ayam tambatan." Lalu dia mengadap Sri Bitara.

Tanpa membuang masa, Sri Bitara lalu berbicara dan mengutuskankan supaya Megat Teri Alam bersiap-siap dengan segala kelengkapan perang. Megat Teri Alam sedikit pun tidak membantah akan pekerjaannya itu.


Setelah bersiap-siap dengan selengk
apnya, Megat Teri Alam dan Perkasa pun diiringi oleh 100 orang pendekar dan 7 buah kapal layar lalu keluar belayar.

Udai Prapacong dan Perpatih Mulus kelihatan tersenyum sumbing. Segala perancangan berjalan dengan rapi.

Bagaikan gempita perilakunya tempik sorak anak-anak buah Megat Teri Alam. Seperti menang sabung, ekor berderai-derai. Setelah sehari suntuk merentasi laut menjejaknya.
Kapal layar Semerluki yang berkepala Si Jenjan Bangau Putih tidak kelihatan pun dilautan.

Lambaian Pulau


Lalu seseorang pun mengusulkan agar singgah di pulau-pulau berdekatan untuk berhenti penat dan lelah. Setelah membuat pemerhatian, Megat Teri Alam pun mengarahkan orang-orangnya melabuhkan sauh.

Pulau Gemia kelihatan tenang, kehijauan tumbuh-tumbuhan semula jadi memukau kalbu. Beberapa anak-anak buah Megat Teri Alam pun menuju ke pantai dengan beberapa buah perahu kecil. Sesampainya mereka di sana, ada yang tidak sabar-sabar
merehatkan diri dan ada juga yang meninjau-ninjau.

Perkasa pula mengambil kesempatan mencari buah-buah hutan yang boleh dijadikan rezeki. Dengan bersenjatakan pedang, panah dan busar dia memasuki kawasan yang mengundang bahaya.

Tiba-tiba Megat Teri Alam mendengari jeritan dari anak-anak buahnya. Satu serangan telah dilakukan dari pelbagai penjuru. Panah dan lembing menghujani anak-anak buahnya. Mana-mana yang tidak sempat menyelamatkan diri mereka telah membawa padah. Ada yang terluka dan terburai perut mereka.

Amarahnya Megat Teri Alam, rupa-rupanya pulau yang disangkakan tidak berpenghuni itu merupakan sarang penjahat. Penjahat-penjahat itu telah pun berkubu di situ dan ada yang tiba-tiba muncul dari tanah. Ada yang muncul disebalik rimbunan semak samun.

Ramai jugak anak-anak buah Megat Teri Alam yang terbunuh dan luka parah. Megat Teri Alam pun lalu meminta mereka berundur.

Ketika anak-anak buah yang masih lagi selamat itu berundur ke perahu masing-masing, penjahat-penjahat yang bersembunyi itu pun mengejar dengan senjata yang terhunus. Ketika itulah, Megat Teri Alam pun berpatah balik lalu melibas ke kanan dan ke kiri pada penjahat-penjahat itu dengan Keris Naga Berkembar.


Yang tidak sempat mengelak alamatnya berputih mata dan tidak sempat berkata-kata apa, hatta mengaduh sekalipun. Pada masa yang sama entah dari mana munculnya Perkasa datang membantu. Dengan panah dan busarnya dia melepaskan satu persatu anak panahnya. Bagaikan halilintar tujahan-tujahan anak panah itu mengenai tepat kepada penjahat-penjahat. Mereka rebah terkulai kaku.

Amarah Tidak Terbatas

Melihat satu persatu anak-anak buahnya rebah bagaikan pokok pisang yang ditebas, ketuanya pun muncul lalu melompat ditengah-tengah medan pertarungan. Siapakah gerangannya?

Megat Teri Alam dan Perkasa kini berhadapan dengan satu susuk tubuh yang sasa.. Lelaki itu hanya kelihatan membelakangkan dirinya.

Tangannya pula sudah siap dengan senjata pembunuh. Tiba-tiba lelaki itu menghunus senjata lalu membuat lompatan dan dengan satu libasan kilat dia menetak anak-anak buahnya yang tercedera.

Perkasa tidak sedikit berganjak dari tempat dia berdiri. Pun begitu juga Megat Teri Alam, mereka dalam keadaan bersedia memasang kekuda sekiranya musuh mereka membuat serangan kilat.

Lelaki yang membelakangi mereka sudah bersiap sedia dengan senjata "cabai rawe". Senjata pembunuh itu sudah baru sehaja bermandikan darah perngikutnya.


Buku Belum Bertemu Dengan Ruas

Perkasa menghantar isyarat melalui deria rasa supaya Megat Teri Alam membuat serangan terlebih dahulu. Megat Teri Alam pun membuat tikaman bertubi dengan kedua Keris Naga Berkembar. Lelaki itu mengelakkan dan menyusur ke belakang dan sekali sekala membalas tikaman. Berlakulah pertembungan Keris Naga Berkembar dan sepasang Cabai Rawe. Berdeting-deting bunyi.

Ketika lekaki itu agak leka mengelak dan membalas tikaman Megat Teri Alam, serangan mendadak pula dilakukan oleh Perkasa. Terpaksalah lelaki itu menghadapi dua serangan dari musuhnya sekali gus.Pertarungan nampaknya seimbang. Lelaki itu dengan tenang menghadapi musuhnya yang jauh lebih tua. Hampir separuh jurus-jurus telah digunakannnya.

Perkasa dan Megat Teri Alam nampaknya bersungguh-sungguh mahu menewaskan si penjahat ini. Apakah akal yang akal digunakan oleh mereka nanti? Sedangkan musuhnya itu jauh lebih tua dari mereka.....



Kabut Sutera Ungu

Mata si penjahat melilau-lilau ke arah kedua anak muda yang dihadapi. Mulutnya terkumat-kamit entah membaca mentera dan jampi ataupun menahan amarahnya.

Sebentar kemudiaan si penjahat itu lalu menghentakkan kedua belah kaki yang dipasangkan sebagai kekuda. Kedua belash tangannya terus bersiap sedia menangkis dan melepaskan jurus-jurus.

Kekuatan jurus yang dilepaskannya ke arah kedua orang anak muda itu terpelanting jauh.

Sementara itu seseorang yang berdiri di hujung gerbang laut memerhatikan keadaan. Agak hampir dengan medan tempur ketiga-tiga orang pendekar. Hanya bahagian matanya sahaja yang tampak. Susuk tubuhnys dibaluti pakaian sutera ungu. Selendang ungu terbias ditiup bayu laut. Dari gerak dan susuk tubuhnya sudah pasti seorang wanita yang bukan calan-calang orang.

Perkasa dan Megat Teri Alam tampaknya cuba bangkit dan kedua-keduanya mengalami luka dalaman. Darah menitis dari jurai bibir mereka.

Ketika si penjahat itu membuat serangan bertubi-tubi, tanpa disedari Perkasa dan Megat Teri Alam satu libasan berwarna ungu yang bergulung-gulung telah terkena pada si penjahat. Sungguh kaget dan kehairanan yang amat sangat diperlakukan demikian. Dengan perasaan amat amarah yang meluap-luap terhadap orang asing yang masuk campur dalam urusan pekerjaan.

Perkasa dan Megat Teri Alam pun begitu hairan siapakah perempuan yang berselendang sutera ungu itu????


1 comment:

Kalamtimur said...

Krom, dah lupa dah dia punya link, kalau tak silap url dia
http://www.swordsofhonor.com/swords1.html