Tuesday, July 19, 2005

Prequel

Saudara Ubder dan saudari Ruby (moderator dihttp://www.pergh.com/forum">http://www.pergh.com) yang telah menyarankan agar skrip PERKASA ALAM dipermudahkan. Saya telah bersetuju merombak semula skrip ini.
Serendah Kebun Bunga terletak di negeri Kolam-atam (Kelantan sekarang ini). Mengikut sejarah dan catatan I-Tsing, negeri Kelantan berada dibawah naungan Sri Vijaya-Palembang dan Kerajaan Langkasuka di bahagian selatan Siam/Ligor.

Bermula dari sebuah lembangan berpaya tiada berpenghuni. Sepasang suami isteri kononnya memulakan penghdupan baru. Pencarian mereka ialah mencari bunga-bunga hutan untuk dibuat kalung perhiasan dan mandi-mandian puteri Raja Ligor ( Siam).

Selain daripada melakukan kerja-kerja tersebut, kepandaian si suami ialah bertukang, mengukir, berburu dan sebagainya.

Perpindahan berlaku dari utara ke ke tempat tersebut, lalu di namakan Serendah Kebun Bunga kerana di situ terdapat kedamaian dan pelbagai pokok-pokok bunga yang harumannya sesedap

Lama-kelamaan, Raja Ligor menganugerahkan Serendah Kebun Bunga kepada pasangan tersebut. Generasinya yang ke 4 menjadi Penghulu Serendah Kebun Bunga (episod pengenalan). Selepas peristiwa hukuman ke atas Megat Kembar Ali, penghulu tersebut mati dengan tiba-tiba. Kemudian digantikan dengan anaknya dan Mayang Sari adalah generasi yang ke 6.

Perkasa dan Megat Teri Alam berkhidmat kepada Penghulu ini sehingga berlaku banyak pergolakkan. Dua orang pendekar ini ada generasi yang meneruskan kesinambungan kependekaran bapamereka Wan Nilam Puri dan Megat Kembar Ali.Nama Perkasa dan Alam di gabungkan menjadi Perkasa Alam dan gelaran ini tiada kaitan dengan gelaran yang digunapakai oleh raja-raja di href="http://www.google.com/search?hl=en&q=perkasa+alam&btnG=Google+Search">Alam Melayu( di Brunei Darul Salam, Acheh dan Perak)

No comments: