Tuesday, July 19, 2005

Pengenalan



Alhamdulillah, berkat dorongan kengkawan di www.pergh.com telah memberi semangat baru kepada saya untuk meneruskan cerita dan skrip Perkasa Alam yang telah sekian lama terbengkalai. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada saudara MF Ajif dan saudara Mohd Fytullah yang telah memutuskan untuk meneruskan projek ini. Barangkali kelihatan terlalu tinggi harapan saya dalam menghasilkan cerita adaptasi dari komik yang pernah saya baca sewaktu remaja dulu.

Ianya bermula dari hasil pembacaan komik yang dihasilkan oleh Allahyarham Nik Nordin MN pada era tahun 1970an. PERKASA merupakan sebuah komik bersaiz kecil yang dilukis oleh allahyarham berdasarkan karekter CONAN dan disesuaikan dengan latarbelakang tempatan. Komik 'wira' kelana ini hanya dapat diterbitkan beberapa kali sahaja. Watak Perkasa tidak dikembangkan dalam penceritaan tersebut. Konflik dan musuhnya ialah hanya makhluk bersayap, dianosaur dan naga.

Saya melihat watak ini boleh dikembangkan lagi dan saya cuba mengolah semula cerita ini dengan meletakkan topik tersebut di www.pergh.com
Usaha saya itu akhirnya mendapat feedback yang sangat memberansangkan dan ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahaba-sahabat diluar sana yang telah memberi pandangan, idea dan ada juga yang telah melukis semula watak-watak dalam cerita ini.

No comments: