Saturday, July 23, 2005

Prequel: Perkasa Alam

Prequel:

Serendah Kebun Bunga terletak di negeri Kolam-atam (Kelantan sekarang ini). Mengikut sejarah dan catatan I-Tsing, negeri Kelantan berada dibawah naungan Sri Vijaya dan Kerajaan Langkasuka di bahagian selatan Siam/Ligor

Bermula dari sebuah lembangan berpaya tiada berpenghuni. Sepasang suami isteri kononnya memulakan penghdupan baru. Pencarian mereka ialah mencari bunga-bunga hutan untuk dibuat kalung perhiasan dan mandi-mandian puteri Raja Ligor ( Siam).

Selain daripada melakukan kerja-kerja tersebut, kepandaian si suami ialah bertukang, mengukir, berburu dan sebagainya.

Perpindahan berlaku dari utara ke ke tempat tersebut, lalu di namanakan Serendah Kebun Bunga kerana di situ terdapat kedamaian dan pelbagai pokok-pokok bunga yang harumannya .

Lama-kelamaan, Raja Ligor menganugerahkan Serendah kebun Bunga kepada pasangan tersebut. Generasinya yang ke 4 menjadi Penghulu Serendah Kebun Bunga ( episod pengenalan). Selepas peristiwa hukuman ke atas Megat kembar Ali, penghulu tersebut mati dengan tiba-tiba. Kemudian di gantikan dengan anaknya dan Mayang Sari adalah generasi yang ke 6.
Perkasa Alam dan Megat Teri Alam berkhidmat kepada Penghulu ini sehingga berlaku banyak pergolakkan.

2 comments:

Nizam said...

Aku tgh follow cerita kau nih... So, jangan lupa update plak nanti!

http://nizamzakaria.blogspot.com/

Kalamtimur said...

terima kasih nizam,
aku sedang merangka semula cerita ini, insya allah kalo ada kesempatan aku update.