Saturday, July 23, 2005

Episod 2 : Mendam Jelabab Langkuik Si Helang Merah

Episod 2: Mendam Jelabab Langkuik Si Helang Merah
Lokasi

Wilayah Kelautan (Maritim) dan Kepulauan Teluk Siam

Serendah Kebun Bunga

Sinopsis:

Langkuik Si Helang Merah, yang mengetuai kumpulan lanun diperairan teluk Siam amat digeruni oleh pemeririntah-pemerintah yang berada dipesisir pantai Laut China Selatan. Saban waktu ada sahaja berlaku rompakan dan perlanunan. Dengan kapal layar yang mempunyai spesifikasi yang begitu lasak,

Langkuik dan angkatannya amat mudah membelah ombak untuk melakukan kegiatan ganasnya. Mandulika Perimula dan Mandulika Inderapura yang saling berkerjasama menjaga wilayah laut mereka turut diancam keselamatannya oleh Langkuik. Kedua-dua mandulika itu sedang bersiap untuk menghantar bunga emas kepada Raja Ligor tanda pertuanannya ke atas Perimula dan Inderapura.

Kedua-dua Mandulika itu terpaksa meminta bantuan dari Raja Kolam-antam. Lalu diperintah dan dikerah hulubalang-hulubalang di seluruh jajahan takluknya. Megat Kembar Ali mengetuai angkatan dari Serendah Kebun Bunga dibantu oleh Wan Nilam Puri.

Mereka berjaya memintas angkatan Langkuik sebelum Langkuik dapat merompak dan merampas angkatan Perimula dan Inderapura yang sedang dalam perjalanan ke Ligor. Berlaku pertempuran di lautan. Mendam Jelabab yang mempuyai senjata sulit perempuh dan berjaya memusnahkan berberapa buah kapal Kolam-antam. Walau bagaimanapun Megat Kembar Ali dan Wan Nilampuri berjaya menghalang percubaan Langkuik Si Helang Merah. Dendam membara membawa pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Episod 2: Mendam Jelabab Langkuik Si Helang Merah

Karekter:

  1. Langkuik Si Helang Merah
  2. Gagak Hitam Si Jurukaka - Orang Kanan Langkuik
  3. Thongsai – Pengikut Langkuik pakar senibela diri jurus sepakan kaki
  4. Paduka Salang - Pengikut Langkuik
  5. Megat Kembar Ali
  6. Wan Nilam Puri


M/S 1

Panel 1:


Deruan ombak seolah-olah menyeru Langkuik dan Mendam Jelabab menjelajah wilayah kelautan yang dikuasainya.


Panel 2 :

Di sebuah gua dihujung tanjung sebuah pulau. Sebuah kapal berlabuh, memperlihatkan keperkasaan dengan binaan daripada kayu jati. Struktur binaan kapal Mendam Jelabab cukup kukuh

Caption: MENDAM JELABAB

Panel 3 :

Mendam Jelabab milik Langkuik Si Helang Merah cukup digeruni pedagang-pedagang yang melalui pesisir pantai wilayah kelautan China Selatan

Panel 4 :

Panglima Langkuik Si Helang Merah kelihatan berdiri megah dihaluan Mendam Jelabab. Dia menoleh dan memerhati ke arah mata angin.

Caption: LANGKUIK SI HELANG MERAH

Panel 5: Kelihatan layar berbentuk layang-layang yang hujungnya menjurai berkembang ditiup angin. Bendera hitam bercorak keris dan berhulu tengkorak kelihatan megah.


Panel 6:
Anak-anak buah Si Langkuik kelihatan sedang bersiap sedia menerima arahan. Tubuh mereka
yang bersawo matang kelihatan sasa, siap dengan pelbagai rupa senjata.

Panel 7:

“Wahai anak-anak buah ku sekelian.”

“ Kita ada rancang yang perlu dilaksanakan”

Langkuik Si Helang Merah
Sebentar kemudian hinggap seekor burung helang di kepala bahunya. Paruhnya kelihatan amat tajam. Datang ke mari membawa perkhabaran.

Panel 8:

Sauh sudah siap diangkatkan dan sebentar kemudian Mendam Jelabab belayar meninggalkan persembunyiannya menuju ke suatu destinasi. Mendam Jelabab diiringi beberapa buah kapal-kapal kecil.

M/S 2

“Ke mana kita kali ini, Panglima?”

Gagak Hitam Si Jurukaka

“Hahaha..sudah genap 7 purnama kita tidak kembali ke Perimula”

Langkuik Si Helang Merah

Panel 2:

“Khabarnya Mandulika Perimula sedang berbaik-baik dengan Mandulika Inderapura.”

Thongsai

“Benar apa yang diperkatakan Panglima”

Gagak Hitam Si Jurukaka

Panel 3

“Kedua-dua Mandulika itu sedang bersiap-siap untuk menghantar bunga emas ke bawah duli Raja Ligor”

Thongsai

Panel 4

“Oh kalau benar seperti yang dikhabarkan, kita akan menjarah dan merampas penghantaran itu sebelum ia sampai ke Ligor”

Gagak Hitam Si Jurukaka

Panel 5

Gendang perang Dongsong yang diperbuat dari tembaga (gendang Dongsong ini berasal dari Kampuchea/Kemboja sekarang ini) dipalu bertalu-talu. Amat bingit sekali paluan tersebut hingga memecah kedamaian

Panel 6

Angkatan perang yang diketuai Megat Kembar Ali dan Wan Nilam Puri sudah bersiap sedia mengawal perairan pesisir pantai.

Panel 7
Dengan dibekalkan semangat juang dan kependekaran anak-anak buah mereka ingin turut mempamerkan kependekaran masing-masing.

Panel 8
Megat Kembar Ali yang berdiri di hadapan kapalnya Si Jejenang Bangau Putih kelihatan amat cemas apabila terdengar bunyi paluan gendang perang Langkuik. Dia dapat mengagak Mendam Jelabab kini berada dipesekitaran. Tidak lama lagi sudah pasti perang yang amat dahsyat akan berlaku.

(bersambunglah pulak, nanti kalau larat saya update lagi)


No comments: