Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Monday, September 05, 2005

Rahsia Agenda Alam Hitam

Huh? Rasa skeptikal sikit nak nyambung cerita Perkasa Alam. Insya Allah, semoga Allah memberikan kesempatan untuk aku menyambung cerita itu nanti.


Rahsia Agenda Alam Hitam - Kelahiran Mufrad adalah sebuah novel hasilkarya Zehann Ur Rakhie. Novel thriller seram ala gothik ini diterbitkan oleh sebuah penerbitan baru, Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd yang beribu pejabat di Ampang, Kuala Lumpur. Harga novel setebal 653 halaman ini ialah RM 29.50.

Novel ini berlatar belakangkan Tanah Semenanjung dari zaman Raja Ong Pra Maha Peria Deria (Raja Bersiung) yang melarikan diri dari buruan rakyat Kedah kerana berlaku kejam dan meminum darah rakyat jelata yang tidak berdosa. Lantaran itu, Raja Bersiung telah melarikan jauh ke pendalaman hutan sempadan Siam. Dia menyembunyikan dalam rimbunan buluh betung dan mendapati dirinya bermimpi dan beroleh kuasa dari ghaib dan sebagai penguasa Alam Hitam setelah membuat penjanjian dengan Qaruth, jin ifrit yang mencuri dengar berita tentang akan wujudnya para wali di Nusantara. Qaruth menyamar sebagai Tok Bambang Jarum dan muncul di Lubuk Gua.

Keturunan Raja Bersiung iaitu Indera Gurana kemudiannya muncul sebagai lelaki misteri di Kuala Muda setelah menghisap darah anak kapal dagang Bugis. Pawang Siam cuba meyakinkan orang-orang kampung bahawa dia boleh menghalau jembalang tersebut dengan syarat menyediakan perngorbanan. Sheikh Ibrahim berketurunan Arab dari Pagar Ruyung, Sumatera dan dibantu oleh Kiyai Jamal berusaha menghalang perlakuan syirik Pawang Siam dan penguasaan makhluk yang menyerupai harimau jadian yang mengamalkan ajaran dari lembaran kitab Alam Hitam. Indera Gurana ditentang oleh keturunannya sendiri. Siapakah anak muda yang bernama Massuria Syah?

Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
A10-G9, Jalan Mewah 4, Taman Pandan Mewah,
Ampang, 68000 Kuala Lumpur.
Tel/Fax: 603-4280 1109
Email: pisb@tm.net.my


(Gambar hiasan dari cover Conan, ehsan Darkhorse Comics Inc. Tiada berkenaan dengan Rahsia Agenda Alam Hitam - Kelahiran Mufrad)