Showing posts with label gempakstarz. Show all posts
Showing posts with label gempakstarz. Show all posts

Saturday, October 25, 2008

New Kid On The Blog?: POPCORN


Yang dinanti-nantikan sudah tiba. Itu dia, sebuah majalah kompilasi atau antologi  komik dan ilustrasi yang pertama di Malaysia terbit dalam Bahasa Inggeris. POPCORN, sesedap bertih jagung yang rangup lagi saya mesti pilih! Beberapa bulan lalu sudah diwarwarkan akan kehadirannya di gempakstarz forum, majalah gempak dan forum-forum komuniti artis komik. Mula berada pameran anjuran gempakstarz sempena ComicKing ke-100.
POPCORN menampilkan artis-artis komik antarabangsa di kalangan rakyat Malaysia, Singapura, China dan etc. Antaranya yang turut memeriahkan dan mewarnai POPCORN ialah Tan Eng Huat (KUTU) yang melukis DOOM PATROL dengan DC Comics, Benjamin, Lefty, Kromosom, Leong Wan Kok (Puyuh) dan lain-lain lagi. Anda pun mesti pilih punya! Previu penuh di dalam majalah gempak #216 pada 15 November 2008.

Saturday, September 20, 2008

Salam tergempak!

Edisi bumper Aidilfitri Gempak 213 telah berada di pasaran, Dengan tagline Salam Raya Tergempak, covernya dihiasi dengan kerekter-karekter Lawak Kampus ini mengabungkan gempak dan starz. Kalau majalah kartun lain, bagi edisi spesel raya tentunya menyiarkan karya kartun dan komik perihal sambutan hari raya atau lawak-lawak sempoi sebelum sambutan perayaan tersebut.

Gempak dengan caranya sendiri masih mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca setianya. Seperti biasa, gempak tampil dengan interviu eksklusif. Kali ini, Eisu Remy Mokhtar, mangaka Malaysia yang telah menempah namanya diperingkat antarabangsa. Pemenang peraduan melukis manga Shakespeare anjuran British Council bagi projek "Self-Made hero", Selain itu pemenang-pemenang lain turut diletakan profil dan gambar mereka- Nikki Law, Nur Hanie Mohammed, Choong Jay Vee & Adele San Ee-Shan serta Irma Ahmed (Aimo) yang menjadi Naib Juara. Eisu dan Aimo dua nama ini pernah tampil dalam majalah Jom/g3 terbitan Karangkraf. Siapa andaikan pelukis Malaysia tidak boleh menempa nama dalam bidang komik dan manga?

Komik Orang Minyak oleh Nizam Bachok telah pun tamat. Stroke dan gaya penceritaan tersendirinya membuatkan ramai yang ternanti-nanti akan karya Nizam ini, mengingatkan sewaktu beliau menghasilkan Paranormal Joe di Apo? Komik tetap Elios Eclipse oleh Kaoru sudah masuk bahagian 99. Banyak lagi komik gabungan kartunis gempakstarz lama dan baru. Check it out! Selamat Hari Raya hingga bersua lagi

Tuesday, September 09, 2008

Detektif Hantu

Semalam beli Gempak#159 yang terbaru. Cover Gempak tertera karekter Detektif Hantu yang 'famous' di kalangan pembaca setia majalah info komik ini. Tetoro, bukanlah nama yang asing, pelukis dan pencipta karekter tersebut. Kali ini Detektif Hantu akan diterbitkan dalam bentuk novel ringan yang akan digarap oleh Vovin.