
>> Antara komik luar yang paling ramai followers ialah hasil tangan abe Mah Wing Sing. Banyak juga wang dihabiskan untuk mengumpul komik-komik pertarungan Pedang Setiawan, Pendekar Laut dan beberapa puluh lagi judul yang dihasilkan oleh pelukis komik dari Hong Kong. Saya mula teruja dengan artwork@masterpiecenya pada tahun pertengahan 70an lagi yang bersaiz A3 fullcolor.Koleksi itu sudah tiada dalam simpanan kerana di barter trade dengan kawan yang grad dari ITM, sebuah buku yearly Illustrator.
Hasilkerja inking dan sentuhan berusnya amat menyakinkan dalam komik debutnya Man Called Hero atau Wira Wah,yang turut diadaptasi dan dilukis semula oleh pelukis tempatan. Saya rasa ramai yang turut membaca Sakti,kan?
Link,Mah Wing Sing ini akhirnya berjaya ditemui setelah melihat@tinjau di blog Hafiz Comixside.Tengkiu.
