Saturday, December 31, 2011

Ulasan: Super Nur #1

Super Nur#1, sebuah novel grafik dalam warna warni ini dihasilkan oleh Haris Norman Harizan, juga seorang ahli pergh.com secara "one-man show", kebiasaan yang diamalkan pelukis-pelukis Malaysia. Secara umumnya, sasaran novel grafik ini ialah untuk bacaan semua peringkat. Persembahannya yang bersahaja dan santai. Seperti yang tertera dibelakang kulit novel grafik itu, sipnosisnya ialah tentang sebuah organisasi rahsia memiliki teknologi yang mendahului zaman sdang membangunkan teknologi penciptaan adiwira. Melalui pelbagai kaedah sains dan kejuruteraan elektronik, mesin dan teknologi, mereka mencipta pelbagai bentuk "kuasa" yang menggabungkan manusia biasa untuk menghasilkan manusia luarbiasa.

Kalau di Marvel/Darkhorse/DC, mereka ada Supergirl, Batwoman, Wonderwoman dan ramai lagi adiwira wanita/perempuan. Barangkali atau mungkin dengan penerbitan Super Nur#1 ini akan membuka wadah adiwira perempuan lokal yang mempunyai kuasa luarbiasa. Tahniah kepada penerbitan novel grafik ini, dengar khabar pelukisnya sedang mengusahakan Super Nur#2 untuk terbitan awal tahun 2012 ini. Syabas kepada Buku Prima setelah berjaya menerbitkan Saga, Burger dan 2 buah novel grafik lain (lupa judulnya, sorry ya.)

Suka saya hendak cadangankan kepada pelukis dan penulisnya (penciptanya, agar beliau dapat mencipta satu rekaan emblem atau monogram Super Nur yang akan memberi impak kepada peminat-peminat komik watak ini seperti mana yang terdapat dalam komik-komik US.

Beberapa kedai buku di Bandaraya Kuala Terengganu Warisan ini, ketika berkunjung di sana sudah kehabisan stok novel grafik Super Nur#1 ini. Barangkali, pembekalnya membekalkan dalam jumlah yang kecil.

No comments: