
Setelah bertahun-tahun, dalam perancangan maka di penghujung (rindu) tahun 2008 novel grafik sentuhan pelukis gempakstarz yang tidak asing lagi, TOTORO pun berada dipasaran. Detektif Hantu - Warisan Syaitan merupakan koleksi Totoro yang ke lapan selepas Detektif Hantu, Begitu Indah, Taro Zero, Taro Zero Requeim, Grave, Grave Evolusi dan Grave Revolusi. Chan Boon Kiat, yang dilahirkan di Perak juga melukis komik adaptasi epik fantasi China Journey to the West I dan II. Detektif Hantu mula dihasilkan pada tahun 2001 ini merupakan karya yang paling digemari pelukis ini. Novel grafik ini boleh didapati di rangkaian 7 Eleven dengan harga RM6.50 /RM 7.50 (Sabah/Sarawak)
No comments:
Post a Comment