Friday, October 24, 2008

Once A Painter is Always A Painter : MOHAS

Mohamad Hassan atau Mohas bukan sahaja pelukis tersohor di opis DBP. Kebanyakkan kulit novel keluaran DBP adalah hasil karya beliau. Beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang lukisan malah berbakat dalam bidang seni muzik seperti nyanyian dan bermain alat muzik. Statement ini datangnya dari seorang rakan sepejabatnya melalui TokCiakz Fotopages.

Pelukis ilustrasi yang versatil ini mulai dikenali umum melalui komik perang PAHLAWAN KEBAL (Penerbitan Knight K.Lumpur 1973). Perang Timur Tengah di tahun 1960an itu sebagai inspirasi beliau, mengisahkan pejuang Palestine telah merampas kereta kebal ISRAEL lalu menggunakannya untuk melakukan serangan balas. Kereta-kereta kebal itu digelar, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali sempena 4 Khalifah Al Rashidin. Komik setebal 40 mukasurat bersaiz war picture library satu-satunya komik dengan Penerbitan Knight.

Mengorak langkah menjadi pelukis komik untuk Utusan Pelajar, akhbar-akhbar dan seterusnya GILA-GILA dan FANTASI (Creative Enterprise Sdn. Bhd). Anak kelahiran Kluang, Johor ini mempunyai ramai peminatnya sendiri dan ada di antara pelukis yang memuyai mirip mirip stroke and sapuan warna pada karya mereka. Kini, beliau telah pun bersara dari jabatannya. Apakah persaraan itu bermakna satu titik nokhtah untuk Mohas berkarya?

No comments: