Saturday, July 19, 2008

Serlahkan Bakat Anda

Fuhhh! Maklumat yang saya perolehi dari website dan forum CESB.
Adakah anda mempunyai bakat melukis kartun? Jika anda mempunyai ’sense of humour’, berbakat dan mampu melukis dengan baik dan tiada unsur-unsur / tidak terikut dengan kartun dari Barat dan juga Jepun ( cth: manga & marvel ) - kami mahukan karya anda!
Majalah Gila-Gila ingin mencari bakat baru dengan segera dimana kami bakal memperuntukkan beberapa slot untuk kartunis baru bagi menceriakan lagi Gila-Gila. Mungkin anda tak berapa pasti sama ada anda berkebolehan atau tidak? Jangan malu atau risau, hantarkannya kepada kami dan biar kami menilainya! Mana tahu, mungkin anda orang yg kami cari!
Alamatkan penyertaan anda lengkap dengan maklumat peribadi ke:

Gila-Gila
Creative Enterprise Sdn Bhd,
38-1, Jalan Bangsar Utama 1,
Bangsar Utama,
59000 Kuala Lumpur.
Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang kemusykilan. Terima kasih!
Jika berminat, ayuh apa tunggu lagi.

2 comments:

Meooo Comicore Club said...

hoyoyoyoyo! nak try ker..? tanak..? nak try ke? nak ke? tak nak? nak ke?

Kalamtimur said...

tryle...