Alfatihah, buat teman penulis yang pergi menemui Allah Yang Maha Esa, buat selama-lamanya. Panaharjuna @ Ahmad Zafran bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia pada hari ini, 3/2/2008. Berita kematian arwah Panaharjuna masuk ke hp saya melalui sistem pesanan ringkas yang dikirim oleh teman kartunis Umbut. Beliau meminta saya sebarkan kepada sahabat handai yang mengenalinya. Lalu, saya log in ke laman web pergh untuk mencari posting berita kematian arwah, saya sempat menghantar SMS kepada teman-teman yang. Kemudian, sdr Jonos membuat panggilan dan memaklumkan kedudukan berita terkini, beliau mendapat perkhabaran dari Puan Ainon Mohd, pemilik PTS tempat arwah berkarya.
Semalam, baru saya mengunjungi kedai buku untuk meninjau-ninjau buku-buku terbitan terbaru PTS. Saya sempat menjenguk novel terbaru beliau, namun hati saya belum tergerak untuk memilikinya. Dua kali saya pusing ke bahagian pameran buku-buku itu diletakkan. Arwah, sejak kebelakangan ini tidak lagi menghubungi saya. Anggapan saya, tentu arwah sangat sibuk menulis buku-buku terbarunya. Telah lama juga saya tidak mendengar tawa dan lawaknya. Beliau bersungguh menjemput saya menyertai ruangan friendster dan shelfi bookshelf. Oleh kerana terlalu kerap jemputannya, maka saya terpaksa beralah untuk menyertainya. Lantaran itu jaringannya telah menjadi lebar, Jambang, kartunis yang baru dikenalinya amat terkejut mendapat berita kematian arwah. Beliau membuat panggilan kepada saya untuk bertanyakan tentang penyakit yang dihidapi Panaharjuna.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah Ahmad Zafran. Alfatihah dan Yassin.

1 comment:
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t.
Post a Comment