Saturday, December 22, 2007

Jejak

Kalau dilihat dari satu perspektif, gambar-gambar yang tertera adalah gambar-gambar yang biasa. Saya singgah di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun. Sejak lebih 3 dekad yang lalu saya inilah pula saya jejak kaki ke sini. Zaman remaja, bersama kawan-kawan sekampung kami tuju ke sini.

Dengan sedikit perasaan teruja kerana menyertai aktiviti seperti budak-budak pengakap, kami waktu itu ingin mencari kelainan. Hendak hitch-and-hike, ibu bapa mana yang mahu melepaskan anak-anak mereka pada waktu itu. Takut terjadi apa-apa, entah makan ke tidak. Jiwa remaja ketika itu meruntun, untuk melihat alam sekeliling. Untuk berada jauh dari pengawasan ibu bapa seketika. Lokasi ini lah suatu ketika pernah menjadi destinasi kami paling jauh kami kembara. Bukan main seronok ketika itu, dengan dengan berbasikal kami berlima lalu kami menaiki perahu penambang di Kuala Dungun untuk menyeberang Sungai Dungun ke Seberang Pintasan. Kami pun berjalan kaki meredah belukar dan bukit bukau melalui tanjung Seberang Pintasan. Di sana kami menikmati pantai Teluk Bidara melihat gua yang terbentuk dari hakisan air laut.

Di pantai itu kami berlari-lari dan beraksi melakonkan aksi pencak yang kami tiru dari filem kungfu dan kependekaran

Hari ini saya membawa anak-anak dan isteri Pantai Teluk Bidara. Anak-anak yang lain tunggu dekat kenderaan di tempat parkir di atas bukit. Manakala, saya memujuk anak yang paling kecil untuk membuat foto shoot dari dekat pantai dan gua tersebut.

No comments: