Meriahnya buku-buku komik dan majalah yang berasaskan produk ini, sekarang ini. Anda tidak percayakah? (Pinjam dari dialog yang tidak kurang popular suatu ketika dahulu, dari iklan tv tempatan.) Jelas sekali persaingan yang sihat sehingga sukar untuk membelinya semua. Maka, terpaksa membuat pilihan yang mana patut beli dan ikut selera masing-masing. Kalau hendak diikutkan mahu borong semua.
Majalah GG, g3, Gempak, Hype, Utopia, Starz, Ujang, APO? Blues dan lain-lain telah berada dipasaran. Belum termasuk majalah komik/kartun yang mendapat hak perlesenan terjemahan seperti Arenakomik dan Kreko. Dengar dari bisik-bisik, isu kedua komik-komik KLP Entertainment pun sudah masuk pasaran di sekitar Pulau Pinang dan Melaka.

G3 Julai 2007

GG Julai 2007
Sudahkah anda menonton Transformers? Demam TF telah melanda. Rata-rata ramai yang bercakap tentang kerekter kartun Transformers dalam movie. Isu panas sekarang ini.

No comments:
Post a Comment