![](http://photos1.blogger.com/x/blogger/3718/1328/320/59083/index.php.gif)
Alhamdulillah, pada hari Sabtu (12 Disember 2006) yang lalu menjadi detik bersejarah bagi penggiat-penggiat komik dan kartun Malaysia. Bertempat di Sekolah Agama Al Ikhlas, Gombak telah berlangsung perjumpaan dan mesyuarat pertama kali dalam tempoh 5 tahun ini. MAKA ( Malaysian Komik Artist Association) telah dipersetujui ramai dengan nama peKOMIK telah dihadiri lebih 45 orang penggiat komik dan kartun Malaysia samada veteran maupun yang baru- masih segar bugar. Pertemuan selama 3 jam itu dari jam 11.00 mendapat sokongan ramai dan ternyata membentuk sebuah persatuan pelukis komik bukanlah sebuah angan-angan kosong.
Ahli-ahli yang hadir terdiri dari veteran dan baru termasuk dari pelbagai komuniti komik dan kartun seperti dari CEDKO, IACAScW, PERGH dan ucapan terima kasih kepada Yamin Daud dan Mansur Ibrahim - pelukis komik veteran Mediaseni, Kinsun dari One Academy. "Beberapa pihak dari MDEC, pihak Akhbar seperti Berita Harian, Kosmo, STAR, Malay Mail, Utusan turut menyokong penuh usaha-usaha ini. Malah pada dasar dan umumnya bersetuju bahawa Komik dan Kartun yang dihasilkan pada masa akan datang harus mempunyai satu gengsi yang mendukung wibawa si pembuat komik itu sendiri, seperti mana yang dicatatkan di dalam salah satu bentuk kegiatan yang bakal dijalankan oleh gabungan ini.", sdr. Panaharjuna melaporkan.
peKOMIK yang baru berusia beberapa hari ini dinaungi oleh kartunis veteran iaitu Datuk Mohd Nor Khalid (Lat) selaku Penaung dan Penasihat-penasihat oleh En. Jaafar Taib (Pengarah Urusan CESB) dan Reggie Lee. Insya Allah, peKOMIK yang dipimpin oleh sdr Mohd Azhar Abdullah aka Azhar UC (Presiden) dan sdr Ahmad Kamil Sabri ( Aedes ) akan memberi sumbangan kearah pembangunan komik dan kartun Malaysia di masa-masa akan datang. peKOMIK memerlukan sokongan padu dari penggiat komik, kartun dan pembaca serta siapa-siapa sahaja. SOKONGLAH KOMIK MALAYSIA.
Laporan peKOMIK dan senarai AJK serta foto-foto boleh dilihat di:
Link Azharsketch
Link Pergh
Link Panaharjuna
Link Oraet!
No comments:
Post a Comment