Sunday, November 19, 2006

Revolusi Komik Malaysia

Penerbitan komik di Malaysia secara sepintas lalu ada pasang surutnya. Dalam tahun 1980 an, penerbitan yang cergas mengeluarkan komik-komik solo ialah Penerbitan Media Seni. Komik-komik yang dihasilkan menjurus kepada genre persilatan dan drama. Sehingga tahun 1990an, akhbar-akhbar tempatan pula memainkan peranan menerbitkan komik-komik secara bersiri seperti Mohd Zohri Sukimi (ZOY), Nik Abdullah, Khuzae, Rosli Hamid, Jimi Kong, Yamin Daud, Pot JR dan lain-lain.

Masuk era 2000 sehingga 2003, satu evolusi komik berlaku di tanah air. Dengan majalah komik Gempak dan APO yang mendominasi komik/kartun. Arena 2000 yang dipelopori oleh kartunis Ujang dan Nazan turut menerbitkan TNT, Malim Pelita, Koleksi Kartini oleh Tembakau. Aie Produksi menerbitkan AIE (Alternatif Indie Entertainment), Raksaksa Studio mengembalikan Pahlawan Mimpi dalam Jaguh Komik oleh Ahmad Kamil Sabri aka Aedes. Pelukis / penulis yang paling banyak menggunakan nama pena. Rio, Jakalll, Cron, Tapai, Yoe Cutevirus turut muncul dalam xPresi yang diterbitkan oleh Sonique Artsquare. Jakall dan Cron pula dengan Chatterz. Majalah TNT menampilkan pelukis seperti Katana, Stonez, Raz, Bee dan Hairy. AIE yang didokong oleh pelukis dan kartunis terkenal Aie turut menampilkan pelukis komik sepeti Cron, Sudin, Norm Aidid, Badai, Bagas dan Slemmer.

Urban Militias yang diperkuatkan oleh tenaga pelukis muda dari cabang senibina Muhammad Azhar Abdullah, Fytullah Hamzah, Adijin, Milx, Mafia, White, Userizal, Joker IX, Eisu, Zool dan lain-lain merevolusikan komik tanah air dengan Urban Comics. MF Ajif, Bajak dan Rock pula menghasilkan ROCK melalui TeenAge Studio. Taufan pula dengan bangganya menerbitkan komik Super dengan pelukis-pelukis termasuk Taufan sendiri, Wings, Barthez, Black Heart, Petir dan Bee. Adijin dari Urbancomics turut menyumbang tenaga mewarna komik Dunia X dalam Super. Taufan yang turut menyumbang komik untuk Gempak banyak menimba pengalaman melukis komik dengan Tony Wong di Hong Kong dan Singapura. Anda mungkin pernah membaca komik Rentap yang dihasilkan oleh Sifu Hui. Tidak dinafikan komik-komik solo seperti Zealous Kencana yang terbit untuk beberapa isu turut mewarnai revolusi komik Malaysia. PKK yang dimantap oleh beberapa nama-nama terkenal seperti Zoy, Aloy, Juragan, Blue Pipe, Issam Omar, Kerengge kemudiannya bertukar nama kepada E-Zone, yang kemudiannya Cron dan Hafiz meneruskan menyumbangkan karya di majalah itu.

Dalam pada masa yang sama komik-komik tersebut diterbitkan untuk sasaran pembaca yang lebih dewasa disamping komik-komik kanak seperti Anak-Anak Sidek, Bintang Kecil dan Kawan. Bintang Kecil dan Kawan telah hilang serinya sebagai majalah komik kanak-kanak dalam beberapa bulan ini. Justeru kedua-kedua wadah tersebut seakan menjurus kepada majalah campuran info hiburan. Ubdertaker dan Nurie berkerjasama menerbitkan Umbracomix menampilkan komik-komik alternatif dan Mato-Mato yang diterbitkan oleh sdr Aburn. Kedua-dua komik alternatf ini walaupun usianya sekejap tetapi turut mengetengahkan pelukis yang berbakat besar. Tidak dinafikan majalah-majalah komik info yang diterbitkan oleh Gempakstarz dan Artsquare Creation seperti Gempak, Utopia, Hype dan Starz. Nama-nama seperti Apoh, Ayour, Puppeeter, Zint, Ben, C2V, Norman Noh, Niezam Bachok, Xanseivera, Keith dll. Kompeni tersebut banyak mengetengahkan pelukis-pelukis muda melalui Peraduan Bakat Baru Pelukis Malaysia. Turut mewarnai senario komik Malaysia ialah Comic Fiesta yang diadakan pada tahun 2002. g3 dan Jom tidak ketinggalan dalam arena komik tanah air dan muncul beberapa keluaran dan terpaksa bergabung. Pergabungan g3 dengan Jom amat mengejutkan dan kemudian diberitakan pembehentian penerbitan buat sementara dari satu sumber.




2 comments:

azhar said...

wahh..

syabas che gu..

lengkap..ringkas..padat..

bagus..

ni juga memngkin utk saya mempercepatkan blog saya on komik Malaysia..

adus..masa...masa..

Kalamtimur said...

Huhu kalau dapek hubungi sdr Ujang kat baik.. Semalam jumpa lagi dalam koleksi "Ujang Anak Minang" selepas beliau keluar dari Kharisma Publication.

Bagaimana hendak menghubungi beliau untuk reviu Ujang Anak Minang, Streben Tuen, Malim Pelita, Lubuk dan Lanun...