Friday, November 10, 2006

Ratu Langkasuka







Huh, semalam saya baru sahaja membeli majalah komik Gempak#168 dan Starz #057 . Saya tidak mahu reviu tentang komik yang tersiar dalam kedua majalah itu. Yang saya ingin berkongsi dengan saudara-saudara ialah berkenaan dengan reviu filem produksi Thai yang disiarkan dalam majalah Gempak#168. Turut tersiar dalam majalah inilah gambar-gambar lakaran karekter, latar belakang dan produksi filem tersebut.

Filem tersebut merupakan sebuah advencer fantasi dan legenda Permaisuri atau Ratu Langkasuka, sebuah kerajaan Melayu-Pattani di utara tanah air Malaysia. Era keemasan Pattani muncul setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Empat ratu telah memerintah Pattani: Ratu Hijau (1584-1616), Ratu Biru (1616-1624), Ratu Ungu (1624-35) and Ratu Kuning(1635-86). Sekitar 1688-90, pemerintahan Pattani diambilalih oleh kerabat diraja , senario ini pula bertukar sekitar tahun 1730 ketika kerabat Pattani datang untuk memerintah negeri Kelantan. Saya ingin mengesyorkan kepada pembaca untuk membaca tulisan-tulisan Dr. Zulkifli Mohamad ," Seeking of Langkasuka" di blog beliau dan Sabri Zain, "The End of Langkasuka".

Saya tidak sabar untuk menanti filem "The Queen of Lung - Gasuka" yang diarahkan oleh Nonzee Nimibutr. Filem ini dijangka mendapat sambutan hebat, selepas kejayaan filemnya Nang Nak.

Kalau hanpa rajin, klik lah 24 Frame Per Second kat bawah tu, ada reviu filem Malaysia - Cicakman, Susuk, dan lain-lain produksi sewaktu dengannya. Check it out!!!

Kredit dan terima kasih untuk sumber rujukan :
1. Cinemasia - The Queen of Lung Gasuka
2. Dr. Zulkifli Mohamad
3. Sabri Zain
4. Gempak#168
5. 24Framepersecond




2 comments:

Norman said...

Oh, yes! This looks promising indeed!

azhar said...

good article and info!..

in a rush..

will come back to resd more of this Thailand comic