Kebetulan singgah di kiosk menjual majalah dan suratkhabar tempat biasa petang kelmarin. Hati membelah bagi hendak membeli komik-komik yang tersedia di letakkan di rak komik dan majalah. Duit cuma ada RM10.00, poket sedikit berhabuk bulan ini dan almaklumlah baru balik dari berkunjung Pameran Malaysian Agriculture, Hoticultre and Agrotourism 2006, Jumaat baru-baru ini. Tangan memegang kedua-dua majalah Gempak dan Starz dan masing-masing bertag harga RM 5.90. Kalau beli dua-dua dah RM 11.80. Tidak cukup RM 1.80. Langsung membeli salah satu iaitu Gempak #169.
Sebab apa saya memilih Gempak ialah kerana tertera tagline Interviu Ekslusif Milx dan Hang Sembilan. Dalam temubual antara kedua pelukis Malaysia yang bertaraf antarabangsa, banyak tips yang boleh dipelajari oleh generasi pelukis masa kini. Cuma sedikit terkilan, dalam temubual dengan Milx, pihak gempak sedikit pun tidak mengemukakan soalan mengenai penglibatan awal Milx dengan komik tempatan sebelum beliau berkerja sama dengan Steve Niles... Apa-apa diucapkan tahniah kerana berjaya mengutarakan senario pelukis tempatan. Gempak membawa khabar gembira, Milx koini sedang menyiapkan projek melukis komik yang di adaptasi dari novel klasik Frankestein: Overdrive oleh Mary Shelley.
Hang Sembilan yang terkenal dengan komik purba Melayu zaman Kegemilangan Melaka, rupa-rupanya seorang Tionghua. Beliau mengambil masa kira-kira 3 tahun untuk menyiapkan projek komiknya Zaman Gemilang dan Taufan Pesaka merupakan komiknya yang awal dengan Gempak.
Justeru itu, sekiranya berkeinginan untuk menjadi pelukis komik faktor masa bukanlah menjadi penghalang untuk meniti hari-hari seterusnya. Secara amnya komik dan kartun dalam isu ini banyak menarik minat pembaca remaja kerana genrenya yang advencer dan ada scene pergaduhan. Ditambahkan dengan info permainan dan koleksi barangan karekter komik.
No comments:
Post a Comment