Salam hormat dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kaum Muslimin. Tidak sempat hendak meninjau komik-komik dan majalah edisi bumper Hari Raya Puasa secara menyeluruh.
Alhamdulillah, bulan Ramadan Al Mubarak dah sampai ke penghujung, dan Insya Allah kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini tidak lama lagi. Cuma menghitung hari sahaja lagi, syukurlah dapat juga menunaikan ibadah terawih. Kalau terkantoi tu apa hendak "apo nak dikato".
Komik-komik yang sempat dibaca ialah Duke Jenaka #3, Pedang Setiawan #459, Starz #56 ,Gila-Gila# 669, Ana Muslim #8 dan Blues Selamanya #107. Antara komik dan majalah yang yang hendak diperkatakan ialah Gila-Gila #669 dan Starz #56.
Seperti yang dipreviukan sebelum ini, Gila-Gila dengan penampilan yang sederhana seperti sebelum ini dengan mengekalkan sentimental valuenya. Perubahan yang ketara ialah kartun-kartun di dalamnya telah mengalami arus perubahan dengan sentuhan warna dari pereka grafiknya. Lambat laun, Gila-Gila akan menambat hati pembaca di kalangan remaja sekiranya CESB mahu membuat perubahan yang ketara. Melalui Gila-Gila #669, ini pengurusan CESB telah menyiar kembali komik yang sewaktu dahulu diterbitkan dalam majalah FANTASI. Komik QORIM adalah sentuhan dan tulisan Suhaime Salleh, yang sewaktu dahulu di tahun-tahun 1980an antara pelukis komik yang konsisten. Komik Qorim merupakan experimentasi beliau yang agak berani menyentuh alam ghaib dan terdapat unsur mistik. Barangkali ramai pembaca yang hardcore masih ingat karya beliau seperi Anak Raja Gondang, Seri Mega dan lain-lain. Qorim dalam isu ini diberi sentuhan warna dan empat muka surat.
Pelukis-pelukis lain dalam isu ini ada seperti Aca, Ida, Cabai, Ujang, Ram Julie, John Jawa dan Prof Muliyadi Mahamood membuat previu mengenai perkembangan komik mutakhir Indonesia.
Starz dalam isu #56 pula, menampilkan gabungan hiasan kulit dengan karekter rekaan Range Murata, seorang pelukis dan juru ilustrasi Jepun dengan karekter anime Muteki Kanban Musume, Mamaroru-Kun Ni Megami No Shukufuku dan Gothikmade. Beliau dikenali dengan stail unik pergabungan konsep Art Deco dan terdapat elemen anime Jepun yang kuat dalam rekaannya. Edisi bumper kali ini turut memuatkan ilustrasi-ilustrasi sebanyak 8 muka surat karya Range Murata.
Komik-komik pula ialah sentuhan Zint ( Under 18 No Fear), Demon Diary ( Kara & Lee, Yun Hee), Helios Eclipse ( Kaoru), Kristal Putih (Bram), Khabar Dari Jauh ( Xanseviera), Lost Hunters (Mecha Frog), Sumpahan Darah Serigala ( King Kong), Lelaki Kota (Puppeteer) Detektif Hantu ( Tetoro) dan Ajal Belum Sampai ( Cicak)
Barangkali pengemar komik dan manga akan puas dengan komik-komik yang dihidangkan oleh Starz. Berusahalah mendapatkan sebelum takbir syawal menjelang tiba.
Jangan lupa baca komik Kamilstudios online. Kisah Ryan versus Chew. Hahaha lawak.

No comments:
Post a Comment