Uncle Tony Wong memang layak digelar raja komik Hong Kong dan China. Saban waktu ada sahaja komik baru hasil tulisannya. Beliau sangat rajin membuat research sejarah dan tamadun negara China dan kenegaraannya. Wajarlah, komik-komiknya mendapat dihari pembaca. Beliau menggunakan pendekatan yang sangat mudah, membaca novel-novel sejarah China dan memindahkan karya-karya besar itu ke dalam bentuk komik. Kerjasamanya dengan pelukis-pelukis komik muda menyebabkan beliau disanjung tinggi. Komik Duke Jenaka episod pertama Pewaris Pedang Setiawan segera mendapat sambutan hangat. Episod kedua dan ketiga, nampakya saya berputih mata kerana tidak sempat mendapatkannya.
No comments:
Post a Comment