Tuesday, October 10, 2006

Iktibar

Hari ini 17 hb Ramadhan 1427 Hijrah, hari Nuzul AlQuran bagi kita umat Islam. Semoga hari-hari yang berlalu diberkati Allah S.W.T. Harapan hari-hari yang mendatang pun begitu jua.

Kalau dihitungkan saat dan masa yang berlalu itu, banyak perkara yang kantoi. Semalam baru berkesempatan balik ke rumah ibu bapa untuk berbuka dan bersahur pagi tadi setelah 17 hari berpuasa.

Kosmo! semalam dan hari ini membuat saya berfikir banyak kali. Kesian kepada seorang isteri yang selama ini ditipu oleh suaminya yang menggunakan identiti orang lain. Tergamak lelaki itu melakukan perkara itu. Apakah nasib anak-anaknya itu yang berbin dan berbintikan orang lain. Lelaki yang dicuri identitinya pun turut mengalami kesusahan selama 17 tahun. Menghadapi tekanan perasaan, kereta ditarik, saman lalulintas terpaksa naik turun mahkamah, pejabat JPJ dan Balai Polis untuk menyelesaikan kesalahan yang tidak dilakukannya.

Si isteri baru menyedari suaminya menggunakan identiti orang lain ketika menuntut faskh.


No comments: