Sebuah novel grafik karya Brian K. Vaughan, penulis yang memenangi anugerah bagi Y: The Last Man dan Ex-Machina. Novel grafik ini di lukis oleh pelukis yang tidak kurang hebat iaitu Nico Herichon, menceritakan kisah sekumpulan singa yang terselamat selepas terlepas dari zoo di Kota Baghdad yang diserang oleh tentera US dan sekutunya pada tahun 2003. Novel grafik yang original mengandungi 136 muka surat dijangka berada dipasaran antarabagsa pada 13 September 2006 ini yang diterbitkan oleh Vertigo Comics. Kepada peminat komik dan novel grafik, tentu tidak sabar untuk menanti kehadirannya di pasaran tempatan yang tentunya boleh didapati di sekitar Lembah Kelang.
Pride of Baghdad seolah-olah mengimbau kembali kepada cerita satira barat, The Animal Farm yang mana sindirannya cukup sinis. Laman web "comicfoundry" juga turut mengadakan temubual dengan penulis Brian. K. Vaughan ini.
P/S: Kredit untuk Wanzu yang bukak topik sembang komik di pergh.com dan terima kasih Waverider yang tidak jemu memberi info terkini mengenai komik-komik US yang mutakhir. Sembang mengenai novel grafik ini boleh dilihat di http://www.pergh.com/forum/index.php/topic,10167.0.html dan untuk rayauan maya boleh juga ke http://www.nikohenrichon.com/

2 comments:
kredit to Zuhairi laaa.. dia yg bokak topic tu kat Pergh... aku cuma mengembang kecohkan jer.. ahahahaa..
ya ke, nanti aku letak... mahapkan uncle Zuhairi
Post a Comment