Saturday, September 02, 2006

Industri Komik Memberansangkan Dalam Ekonomi China

Industri Komik Memberansangkan Dalam Ekonomi China

Oleh April Cai

GUANGZHOU – Kerajaan Negara China mempunyai rancangan memberansangkan untuk meningkat produksi terbitan komik tempatan, filem-filem animasi dan siri televisyen, melihat kepada peningkatan industri itu ke arah perkembangan ekonomi negara itu.

Walau bagaimanapun, perubahan ke arah itu di lihat dari sudut kebudayaan dan idealogi dalam usaha mengukuhkan dominasi negara China dalam pasaran komik dan animasi tempatan, yang kini didominasikan oleh produk-produk dari Jepun dan Korea

Tahun 2006 ini, menujukkan ulangtahun ke 80 kelahiran buku-buku komik China. Pentadbiran Hal-Ehwal Radio, Filem dan televisyen negara itu sedang mensasarkan 280,000 minit tayangan kartun dan siri televisyen terbitan tempatan. Output tempatan sekarang ini hanya mencukupi waktu siaran 30,000 minit sahaja, yang mana kurang 250,000 minit lagi yang akan diisikan dengan produksi luar. Pakar-pakar dalam bidang tersebut menyatakan peruntukan tersebut untuk mengisikan jurang itu sebanyak US $10 juta bersamaan 80 billion Yuan. Potensi itu dilihat setelah sekian lama produk dari Jepun dan Korea melanda negara-negara Asia dalam tahun 1980an.

April Cai ialah seorang penulis freelance di Guangzhou.

(Copyright 2006 Asia Times Online Ltd. All rights reserved. Please contact us about sales, syndication and republishing .)

( ingin baca lagi....)


No comments: