Tuesday, August 15, 2006

Web comic

Seharusnya saya mengucapkan terima kasih kepada sdr Lazyman yang sering mengunjungi blog saya. Sdr Lazyman sentiasa menitipkan website yang boleh dikongsikan bersama untuk kita mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang komik dan kartun. Sesungguhnya, untuk menjadi kartunis dan pelukis komik, kita boleh membuat rujukan kepada banyak sumber di luar sana samada berkunjung ke gedung-gedung buku seperti MPH, Kinokuniya, Borders, Merican (sekadar menyebut beberapa nama sahaja). Rakan komik di forum-forum boleh dijadikan platform untuk sama-sama merancang idea , jalancerita serta teguran dan kritis membina boleh mengubah pelbagai persepsi.

Di internet terdapat beratus-ratus malahan ribuan webcomic yang menarik yang boleh kita capai melalui broadband. Sdr Lazyman telah meletakan website ini Reman Mythology , cukup menarik sekali pemiliknya turut mahu berkongsikan bagaimana beliau menulis skrip komiknya itu.

No comments: