Sunday, August 27, 2006

Gila-Gila Sambutan Merdeka



Gila-Gila 1 September keluaran terbaru sudah berada dipasaran dengan tema Sambutan Merdeka ke 49. Syabas kepada penerbitnya Jaafar Taib yang berjaya mengekalkan produksi sehingga ke tahap kini. Sudah lama tidak Gila-gila tidak menampilkan lukisan di kulit luar boss Creative Enterprise Sdn Bhd ini. Covernya memaparkan budak-budak rempit ditahan oleh polis trafik. Sesuai betul dengan keadaan masa kini, kerana saban tahun kita mendengar, melihat, meratap hiba pejuang-pejuang kemerdekaan muda ini dibaluti dengan Jalur Kemerdekaan selepas sambutannya- terbujur kaku.


Gila-Gila kali ini mengembalikan lukisan kartun Ujang dan kartun kelasik Nan di beri nafas baru dengan tatawarna. Perubahan yang terdapat pada majalah humor Gila-Gila terbitan kini telah menampak perubahan sedikit demi sedikit.


Untuk peminat Jaafar Taib yang terkenal dengan ilustrasi dan lukisan realisme Birds Of Malaysia, berita mengembirakan buat saudara. Tidak lama lagi pelukis ini akan mempunyai websitenya. Tunggu dan lihat.





No comments: