Hari ini ada entri baru, bukannya apa sedikit bosan dengan talian perkhidmatan broadband yang sering terputus-putus. Hendak buat macam mana, bersabar sahajalah. Lagi pun hendak menguji prestasi HP Compaq Presario. Huhu, esok dah hendak dihantar pergi Serdang. Selepas balik nanti baru balik sambung proposal.
Sudah mula menulis satu muka surat. Waktu rehat tadi sempat bersembang seminit dua dengan Wan Zuhairi. Lama juga tidak bersembang digerbang maya dengan orang kuat PTS ini. Sambil itu sempat membaca posting sdr. Ubder di pergh.com mengenai penulis novelet/chicklit PTS yang cergas. Siapa lagi kalau bukan saudara Panaharjuna? Syabas, artikel mengenainya di Berita Harian hari ini.
Meninjau entri di Explorasi_AG blog milik sdr Madstone, Urbancomics, Azharsketch dan Cartoonrama. Entri Alifstyle cukup menyentuh perasaan. Al-fatihah buat arwah Azis bin Razak, bapa Alifstyle yang kemalangan di Karak Highway pada 1990an. Alif menyebut dia ingin menjadi Super Man seperti arwah bapanya. Saya doakan agar sembuh dari sakitnya.
4 comments:
owhh..tidak ku tahu akan pemergian Ayahanda Alif..ke rahmatullah
Alfatihah
TQ 4 da info che gu
Saya pun baru dapat tahu setelah berkunjung ke blog Alif. Saya pernah mendengar berita dalam tv masa tu saya kat Seberang Laut Cina Selatan.
Alif, seorang anak yang tabah. Banyak perkara tersirat dalam karya-karyanya.
wah...selalu bertukar rupa blog chegu,,apa rahsianya...mari berkongsi bersama...hehehe
saya ni buta IT
hehe,klik kat Pannasmontata Templates.
Post a Comment