Thursday, June 22, 2006

Kartun dan komik surat khabar




Masih anda teringat dengan iklan ini "Surat khabar Lama!". Pendek kata generasi dalam tahun 70 an hingga ke sekarang masih lagi mendedangkan kata-kata tersebut. Biar pun kepelatan pelakun yang menuturkan dialog itu. Sesungguhnya iklan itu cukup berkesan. Bercakap tentang surat khabar, ianya cukup memainkan peranannya dalam menyebarkan maklumat berbentuk berita samada sensasi atau disebaliknya. Sejak dahulu hingga sekarang, suratkhabar memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada masyarakat yang tinggal di bandar-bandar besar sehingga ke ceruk kampung dan pendalaman. Kalau lambat pun mungkin petang atau keesokan baru mereka boleh baca. Saya pernah membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian di waktu petang pukul 6.00 sewaktu bertugas di luar semenanjung. Itu dahulu.

Peranan yang saya hendak sentuh di sini ialah mengenai penerbitan komik dan kartun. Memang tidak dapat dinafikan setiap akhbar ada memainkan peranan dan tugas itu. Walhal, kebanyakan pelukis komik dan kartun banyak menimba pengalaman mereka dengan menyumbang kartun dan komik. Melalui komik dan kartun surat khabar, banyak mesej yang boleh disampaikan. Lihatlah Lat atau Datuk Mohd Nor, sampai sekarang masih berkarya di NST. Ramai lagi kartunis yang sedang berkarya seperti ZOY, Ridhwan, Hafidz Mahfar yang berada di bawah bumbung Berita Harian dan NST. Di Metro pula ialah Juragan. Sementara di Utusan Malaysia dan Kosmo! ada Maro, Shah, Khazim, Issam Omar, Nuek dan Acai.

Pada 20 hb. Jun 2006 yang lalu, Kromosom tampil dengan projek komik yang terbaru dengan judul Dataran Misteri di Kosmo!









No comments: