Saturday, May 20, 2006

Ekor naga

Pada 16 Mei yang lalu, ribut petir yang dikatakan ribut ekor naga telah melanda Terengganu. Saya baru sahaja pulang mengambil isteri di HKT pada pukul 4.45 petang. Sejurus itu saya berhenti di kedai Avon kerana isteri perlu membuat pesanan kawan-kawannya. Saya sempat membeli buku komik g3 dan JOM yang terbaru. Sambil minum teh tarik dan pekena roti canai, saya melihat diluar hujan turun dengan lebat diikuti angin kencang. Langit gelap dan seakan perang berlaku dilangit dengan dentuman guruh dan petir. Lebih kurang 20 minit setelah habis pekena roti canai dan teh tarik, isteri saya bertanyakan saya. Hujan masih mencurah dengan lebat, lalu saya pun tidak mahu menunggu lama khuatir tidak dapat pulang. Bimbang kalau-kalau hujan tidak mahu berhenti. Setelah mengambilnya, kami pun pulang dan saya dapat melihat pokok ada yang tumbang. Petang itu kami ada majlis Kuliah sempena Hari Guru. Ustaz yang selalu berada dengan saya di makmal IT memberi tahu berlaku sedikit kerosakan pada bangunan-bangunan sekitar. Asrama Kolej Yayasan Terengganu-UITM yang baru disiapkan pun terbongkah bumbungnya.


No comments: