Pesta Buku Antarabangsa akan berakhir pada lusa, 2 April 2006. Penerbit-penerbit buku yang mengadakan pameran boleh menarik nafas lega setelah seminggu lebih mengadakan promosi buku-buku yang diterbitkan mereka. Begitu juga dengan para penulis, rasanya tidak menang tangan menandatangani buku-buku yang dibeli oleh pembeli di pesta tersebut.
Novel grafik "Mambo di Kuale" hasil tangan sdr Nur Azmi yang dilancarkan oleh Tuan Hj Zainal Buang Hussein, Pengerusi PERKARTUN khabarnya berjaya disempurnakan. Sdr. Jonos tentunya terasa puas berpenat lelah menyiapkan aturcara majlis tersebut. Malangnya saya tidak dapat menghadiri di majlis tersebut. Saya hanya berjaya menjejakkan kaki pada hari pertama di tapak pesta ini pada hari pertama iaitu pada 24 Mac 2006 bersama keluarga. Itulah pertama kali saya menghadiri pesta buku besar-besaran yang di adakan.
Kelmarin, saya ternampak sebuah majalah komik yang menggunakan nama UMBRA. Lantas saya terus membelek-beleknya. Diluar ilustrasinya ialah imej Naruto dan saya terus membaca "tagline"nya. Manga Konterporari dan Intergrasi. Sepatutnya ejaan "konterporari' ialah "kotemporari". Walaupun demikian, bukan ejaanya yang ingin saya sentuh sebenarnya. UMBRA memang sudah senonim dikalangan warga pergh terutama penggumpul komik "underground". Rupa-rupanya UMBRA yang ini sudah berada di bawah pengurusan yang baru. Saya terus menghunbungi sdr Nurie untuk mendapat perjelasan kerana isi dalamnya totally manga dari Jepun dan sedikit info tentang gadjet dan hiburan dalam dan luar negara. Begitulah nasib pejuang komik indie.
Apa-apa pun usaha sdr. Ubder dan sahabatnya sdr Nurie tidak akan mari di situ. Ibarat kata patah tumbuh akan berganti. Teruskan perjuangan anda.
No comments:
Post a Comment