Sunday, March 05, 2006

Baru hendak menulis kembali


PERKASA ALAM: SATU KESINAMBUNGAN (EPISOD II)


Maka gusarlah seisi negeri dan berduka nestapalah Penghulu Seri Bitara. Seorang pedagang yang berulang alik dari Teluk Siam ke Kota Tinggi telah singgah di Serendah Sekebun Bunga. Perkhabaran yang dibawa ke pengetahuan penghulu, Megat Teri Alam dan Perkasa telah alah dan terkena racun berbisa dari penyerang yang misteri di Pulau Aur.

Ramai pengikut kedua-dua pendekar muda itu telah kecundang. Pedagang kapal yang membawa muatan garam itu dikatakan turut diserang hendap. Ramai anak buahnya yang bertempiaran lari. Rasa kecut perut disergah oleh Langkuik Si Helang Merah. Ada yang berterjunan ke dalam laut. Mati sia-sia tidak menentang musuh yang berwajah kejam. Dengar nama sahaja sudah mahu terkeluar isi perut.

Melihat pada wajah si pembawa khabar itu, Penghulu Seri Bitara pun befikir beratus kali samada hendak mempercaya atau tidak.

"Aku bagaikan tidak percaya akan cerita yang di bawa si ular lidi ini. Semacam ada tipu daya, apa akal budi bicara mu sahabatku berdua?” Penghulu Seri Bitara mengajukan persoalan itu kepada Perpatih Mulus dan Udai Prapacong.

3 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Kalam,

Gaya bahasa semiklasik yang sdr gunakan ini bagus! Kita hendak jenis2 macam ini!

Kalamtimur said...

Hahaha, kalau saya submit untuk novela kelasika boleh ka?

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Kalam, berdasarkan sedikit cebisan yang saya baca tu, rasanya, boleh sangat! Bagi saya tengok mana-mana yang sudah ditulis.