Friday, February 03, 2006

Stroke Evergreen Mampu Menembusi Pasaran Jiran

Mengikut pandangan SifuPTS, stroke evergreen yang harus mempunyai potensi menebus pasaran luar negara. Kalau dapat memasuki pasaran Indonesia pun sudah boleh menarik nafas lega dan rasa bersyukur. Saya berpendapat, potensi untuk memasarkan produk komik berasaskan stroke evergreen mengikut "surah Yusof" insya allah akan menjadi kenyataan kerana di sana mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan tabiat membaca pun serupa macam penduduk di sini seperti membaca komik, majalah dan novel.

Saya ingin memetik penulisan saya di Seraut Pensel, Setitis Tinta dan Secarik Kertas untuk tatapan umum.

Bila menyebut kartun Nancy, saya terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai kartun dan komik yang bersifat evergreen. Walaupun sudah melebih 30an, kartun dan komik itu masih diminati ramai. Komik dan kartun yang bersifat evergreen ini bersifat universal contohnya kartun Mickey Mouse, Donald Duck, Doraemon, Flintstone, Tarzan, Superman, Batman dan banyak lagi. Di Malaysia sendiri, kita jangan melupai kartun-kartun Datuk Lat yang telah mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Karekter Tarzan telah sekian lama bergayut dari dahan ke dahan semenjak tahun 1912 lagi.Karekter tersebut yang direka oleh Edgar Rice Burroughs, dengan bangganya menjadi idola sbahagian besar penduduk dunia lebih dari satu abad sejarah Tarzan sebagai watak "ape-man" dalam majalah dan buku,filem dan rancangan radio, komik dan rangkaian kedai permainan, dan akhirnya dalam animasi klasik Disney .
Edgar Rice Burroughs dikenali kerana merekacipta watak Tarzan. Beliau juga menulis pengembaraan yang cemas di planet-planet lain dan juga dunia yang hilang serta peradabanya.

Kartun Datuk Lat kalau dilihat dari segi mata kasar, strokenya sangat simple denagn sentuk berus dan dakwat. Secara ikhlas strokenya boleh dipukul habis oleh pekomik-pekomik generasi baru. Tetapi mengapa strokenya itu masih disukai ramai? Jawapannya mudah, stroke kartun yang dipelopori oleh seseorang pelukis dan kartun itu ialah sebagai trademark pelukis dan kartunis tersebut.

Semasa kegemilangan GG, kita didedahkan pelbagai stroke kartun yang melekat dihati pembaca. Pelukis kartun atau kartunis yang menyumbangkan kartun untuk GG boleh dibahagikan kepada 3 generasi.Pembaca dapat mengenali dengan jelas stroke Jaafar Taib (Kalau dan Jungle Jokes), Zainal Buang Hussin, Mishar, Rejabhad (Pewira Mat Gila), Nan (Ayop Anak Tulakang), Imuda , Don (Dan Din Don), Kerengge (3 segi 4 segi), Fatah (A.Mahmud), Zamri Abu, Long Jaafar (Hantu Orang), Reggie Lee , Tarzidi (Tarzan), Raz serta lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama yang ingat sahaja dengan seribu kemaafan.)

Generasi kedua didokong oleh Ujang (Aku Anak Minang), Zunar, Boy PJ, Cabai (3 Dara Pingitan), Kulat (Mat Metal dan Malaya Blues), Ambo, Roslim, Rasyid Asmawi (From Taiping With Love) manakala generasi ke 3 majalah GG pula terdapat Aloy, Azhar Senapon, Nat, Jibat, Ida, Ram Julie dan diperkuatkan lagi dengan kartunis Asan , Cabai (generasi ke 2) dan Long (generasi pertama).

Saya hampir terlupa nama-nama kartunis yang baru-baru kerana baru kebelakangan ini saya menyemak semula GG ini. Di MOY Productions, saya merasakan terdapat gelombang baru yang ditonjolkan oleh pelukis-pelukis komik dan kartun yang dipimpin oleh Sdr. Rodin. Nama-nama seperti She, Pac, Jakalll, Gecko dan VKey tampil dengan stroke yang tersendiri. Majalah Lawak Antarabangsa APO? dan abang kandungnya UJANG pula menampilkan Petai dengan stroke ala Sergio Arrogenes. Nik, Manggis , Sireh, Rambai, Lambok, Duku, Sagu, Belitong, Pandan, Spider, Cendol dan Chang tidak kurang hebatnya.

Penghijrahan Gayour, Jambang, Ubi, Rudy, Kopi, Keladi, dan Kobis Bunga ke penerbitan baru G3 memeriahkan lagi serta mewarnai kartun dan komik Malaysia. Stroke mereka ternyata evergreen disulami dengan lawak. Kehadiran Sarah, Zale, Komasutra, Cutevirus mempelbagaikan hidangan komik dan kartun tanah air dengan diperkukuhkan kartunis dan pekomik seperti Aedes, Ujang dan Aie.

Saya cuba menggali info tentang kartun evergreen bertaraf antarabangsa contohnya PEANUTS. Populariti karekter Peanuts ternyata merentasi benua tanpa sempadan.


POPULARITI "PEANUTS" TIADA SEMPADAN

JEPUN

Lebih daripada 200 pemegang lesen.
Daya tarikan dan Snoopy Studios menjadi popular di Universal Studios Japan.
Kedai Permainan Snoopy yang Esklusif disediakan oleh Lalaport mempamer dan menjual produk Peanuts: 8 gedung, 3 kiosks, 2 kedai mini
Barangan cenderahati bertemakan Peanuts kepada pelanggan baru Sankei Shimbum (sebuah akhbar Jepun yang utama)
Stesen kabel tv TXBB (TV Tokyo Broad Band) menawarkan kepada lebih 700,000 pelanggan untuk mengakses strip kartun harian, quiz, fakta dan info
Kehadiran karekter Peanuts di ANA's Resorts Campaign. Snoopy & ANA - 23 tahun dan masih diteruskan
20% daripada pelajar sekolah rendah di Jepun, hampir 1,400,000 kanak-kanak, menggunakan buku latihan yang dikeluarkan oleh Kyoiku Dojinsha di mana karekter Peanuts muncul sebagai sebagai pemandu arah
Promosi McDonald dalam bulan Jun 2005

ASIA

Lebih daripada 270 pemegang lesen
McDonald’s Happy Meal - promosi sepanjang tahun 2007
Kempen dan promosi pengiklanan MetLife pan-Asia sehingga tahun 2012
Siaran TV Siri Peanuts di China, Thailand dan Indonesia
Sambutan promosi dan Ulangtahun Bersama ke 55 dengan gedung-gedung Watson pan-Asia
Penjagaan kulit dan kosmetik Peanuts di China
Snoopy dijadikan duta "2005 Philatelic Ambassador" untuk "Hong Kong Post"
Jenama Peanuts disemua rangkaian pusatbeli belah pakaian dan akseksori di China dan Taiwan
Snoopy Fun Fun Garden, sebuah taman tema seluas 40,000 meter persegi dibuka pada musim salji pada tahun 2005 di Wilayah Guangdong, China

AUSTRALIA/NEW ZEALAND


TV: ABC Australia
Pakaian tidur dan pakaian dalaman serta apparel anak gadis di semua gedung yang besar
Peanut dijadikan duta untuk sambutan ulangtahun ke 55 Kid’s Meal promosi dengan Hungry Jack’s September-October 2005
Program dan rangkaian seluruh negara Baby Snoopy

Berdasarkan fakta di atas, saya melihat stroke evergreen kartun Snoopy telah berjaya memasuki pasaran dunia. Saya tertarik dengan tulisan Sifu PTS (penulis blog ) Universiti Terbuka PTS berkenaan dengan entri beliau Novel dan Komik Evergreen serta Harta Intelek. Saya juga menerima email beliau meminta saya menulis tentang stroke evergreen. Beliau sangat berkeyakinan stroke evergreen seperti yang dihasilkan oleh Datuk Lat dapat dijadikan sumber inspirasi bagi pekomik-pekomik generasi baru. Saranan Sifu PTS ialah supaya pekomik menggunakan Harta Intelek untuk membuat duit sebanyak mungkin. Adakah kemungkinan kita mencapai taraf yang sama seperti PEANUTS, DORAEMON, MICKEY MOUSE, DONALD DUCK, TARZAN dll yang mana pencipta karekter tersebut mengumpul harta intelek yang diwarisi oleh pewaris-pewaris mereka

No comments: