Yang pasti tahun 2005 akan meninggalkan kita dalam beberapa hari. Sayugia itu saya mengucapkan selamat datang tahun 2006. Dalam beberapa hari yang lalu tiada apa sangat yang saya buat. Hanya menyusun semula templet setting blog ini. Menambah sedikit pautan yang dirasakan perlu diletakkan di sini. Sungguhpun nampak cacamerba, tetapi menyenangkan saya untuk melawat tapak-tapak web yang saya pilih itu. Skrip Perkasa Alam dalam proses 70 % siap. Saya perlu membuat suntingan sendiri dan menokok tambah mana yang perlu sebelum disunting oleh panel. Insya Allah, jika berkesempatan akan saya buat dalam bentuk novel.
Dalam pada itu saya telah membuat satu penolakkan ke jawatan yang lebih berbentuk mengurus dan mentadbir. Apa-apa pun terpaksa saya menolak tawaran tersebut setelah berfikir selama seminggu kerana merasakan saya masih ada kekurangan. Saya berserah kepada yang empuNYA hak. RezekiNYA ada dimana-mana. Semoga Allah memberkati kerjabuat saya..
No comments:
Post a Comment