Selepas bersalaman sekejap dengan Umbut, kami terus menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh seorang India. Mata saya terus menatap pada meter teksi dan terhambur dari mulut saya , "
Ane, antar saya pergi KL Convention Centre". " Apa bikin sana? Ada ramai orang tadi saya tengok?" "Oh sana ada PIKOM punya Expo lah." jawab saya.
Kami terus menuju ke Level 3 ikut orang ramai. Sebaik masuk gadis-gadis displaying laptop kelihataan amat seksa sekali dengan senyum leret dipaksa-paksa. ramai orang kat sana dan tak menang tangan menyambut brosur. Tujuan hendak menacari tablet wacom, tapi mereka tak bawak menatang tu on sale kat situ. Hampa dan terus keluar dan pergi ke KLCC berdekatan. Jadual kena on time sebab masuk suntuk dan kena plan betul-betul supaya tidak terlepas event di Taman Permata.
Tujuan utama kat siti ialah rewang-rewang Kinokuniya, belek-belek komik dan beli apa yang patut. Isteri saya pulak di gallery novel, dan saya apa lagi terus membelek sebuah bulu tentang penulis komik US tersohor. The Extraordinary of Alan Moore kemudian menjadi milik saya. Malas nak beli buku komik yang lain, kerana terpaksa jimat bajet.
Balik ke Residence Hotel, dan selepas zohor bergegas pula ke Gombak. Naik teksi lagi, nak cari LRT ke Monorel malas hendak menapak, isteri saya lah itu. Mujur kat situ ada Giant, bolehlah isteri dan anak saya melihat-lihat apa yang ada di dalam. Tempat letak kereta di situ nampak penuh, ramaoi orang membeli belah. Tidak nampak kelibat pun lagi sahabat-habat yang datang. Kemudian call Ajif. Dia kata Invic pun kerja kat situ. Lalu saya pun ke tempat dia keja dan bertanya dengan seorang pekerja di situ. Rupa-rupanya Invic cuti demam.
Dalam duduk menunggu dan menengok masa nampaklah seorang datang lalu melepasi saya. Dia tentu tidak perasan saya, maklumlah lain sikit dari orang hehehe. Dia terus naik dan saya pun tengok tanpa banyak soal. Kemudian datang dua lelaki, salah seorang memegang komik Urban. Saya agak dia orang tentu hendak menghadiri perjumpaan sama lalu dengan tidak malu saya pun tegur dia dan terus memperkenalkan diri. Mereka ialah Azhar dan Hafis.
Dalam duduk bersembang, Ajif pun datang. Ternampak pulak Kromosom turun tangga. Rupa-rupanya dah lama dia menunggu di atas. Kami pun naik ikut Kromosom naik ke bahagian atas bangunan. Pn. Ainon dan Encik Fauzul pun ada di situ. Lepas itu ramai lagi yang datang. Lelaki yang yang maksudkan tadi ialah Encik Fauzul.... haha itulah ceritanya.
No comments:
Post a Comment