“Begitu gundah gulana dan remuk dendam hatinya, disampaikan berita kepadanya. Maka merah padam mukanya dan terngiang-ngiang telinganya. Siapakah gerangan penjahat yang telah menyamar sebagai Semerluki yang membuat serangan ke atas Megat Teri Alam dan Perkasa itu?
Maka gusar jugalah di hati Sri Bitara akan peristiwa itu. Lalu tidak senang duduk, berdiri pun tidak betah. Makan tidak lalu dan tidur pun tidak terlelap. Akan tetapi Perpatih Mulus dan Udai Prapacong tersangat gembiranya kerana segala helah dan muslihatnya hampir berjaya. Perpatih Mulus dan Udai Prapacong dilihat orang sedang bersukaria dengan tawa dan kelihatan seorang lelaki yang misteri sedang berdiri dihadapan mereka. Kelihatan begitu hebat dan sasa tubuh lelaki itu dengan lagak seorang pendekar yang tidak terkalah. Calang-calang pendekar usah merapatkan diri. Ibarat ular yang bisa menyusuri akar menjejas tiada.” – tamat imbas kembali
Lelaki yang berselubung hitam itu berdiri membelakangi kedua lelaki yang sudah berusia setengah abad. Suasana di dalam rumah agam itu kelihatan amat menyeramkan. Cahaya kesuraman menambahkan lagi kegelapan. Sesekali lelaki itu berdehem-dehem seolah-olah ada ssesuatu yang tersekat dikerongkongnya. Suaranya yang garau itu hampir tidak didengari oleh kedua lelaki yang datang mengadapnya.
No comments:
Post a Comment