Wednesday, October 05, 2005

Rezeki Di Bulan Ramadhan

Dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, nampaknya rezeki yang dikurniakan Allah swt kepada beberapa orang sahabat pergh. Wanzu Hairi sudahpun announce dan promote 2 buah buku keluaran PTS One di www.pergh.com , Nomik Motivasi Impian Harlina karya Haslisa Ramli dan ilustratornya ialah Nuriazam Ismail (Nurie) dan sebuah novel 40 Lukisan Hati yang ditulis oleh Armie Zafran (Panaharjuna) dan ilustratornya ialah Icesoul.

Dalam duduk berkira-kira hendak meng'update' cerita yang masih belum sampai ke penghujung, otak masih berlegar-legar untuk mencari idea yang saya rasa kurang sempurna. Kejayaan sahabat Panaharjuna dalam bidang penulisan novel akan saya jadikan pendorong dan motivasi diri. Kekadang blog saya sejak kebelakangan ini semacam blog "nasi campur". Niat asalnya ialah untuk penghasilan sinopsis dan skrip komik. Tiba-tiba pulak dicampuradukkan dengan pelbagai bahan seperti ulasan novel, komik dan filem pulak.
Imej ilustrasi "cover" novel dan nomik tersebut boleh dilihat di http://www.pergh.com/forum/index.php?showtopic=8438

No comments: