Penyulam Mimpi
(Bual Bicara Tentang Komik, Novel dan Filem )
Monday, September 30, 2013
Gentarasa I
Kekuatan apakah yang membuat diriku yang dhaif dalam bidang seni ini untuk mencatat di sesawang yang penuh dengan swang labah-labah. Baru saja menjengah blog Rudi Mahmood, seorang penyair, penulis dan bekas editor komik FANTASI. Melalui minat dan ingi tahu sejarah komik Melayu di era tahun 50an ingin kini, menemukan kolektor-kolektor tegar seperti Komik Kelasik Madi. Secara langsung menarik kembali zaman kegemilangan komik hitam putih Melayu yang seninya tidak dapat kita pertikaikan. Jika tidak, sejarah komik Melayu akan hilang ditelan kabus pagi.
Saturday, December 31, 2011
Ulasan: Super Nur #1
Super Nur#1, sebuah novel grafik dalam warna warni ini dihasilkan oleh Haris Norman Harizan, juga seorang ahli pergh.com secara "one-man show", kebiasaan yang diamalkan pelukis-pelukis Malaysia. Secara umumnya, sasaran novel grafik ini ialah untuk bacaan semua peringkat. Persembahannya yang bersahaja dan santai. Seperti yang tertera dibelakang kulit novel grafik itu, sipnosisnya ialah tentang sebuah organisasi rahsia memiliki teknologi yang mendahului zaman sdang membangunkan teknologi penciptaan adiwira. Melalui pelbagai kaedah sains dan kejuruteraan elektronik, mesin dan teknologi, mereka mencipta pelbagai bentuk "kuasa" yang menggabungkan manusia biasa untuk menghasilkan manusia luarbiasa.
Kalau di Marvel/Darkhorse/DC, mereka ada Supergirl, Batwoman, Wonderwoman dan ramai lagi adiwira wanita/perempuan. Barangkali atau mungkin dengan penerbitan Super Nur#1 ini akan membuka wadah adiwira perempuan lokal yang mempunyai kuasa luarbiasa. Tahniah kepada penerbitan novel grafik ini, dengar khabar pelukisnya sedang mengusahakan Super Nur#2 untuk terbitan awal tahun 2012 ini. Syabas kepada Buku Prima setelah berjaya menerbitkan Saga, Burger dan 2 buah novel grafik lain (lupa judulnya, sorry ya.)
Suka saya hendak cadangankan kepada pelukis dan penulisnya (penciptanya, agar beliau dapat mencipta satu rekaan emblem atau monogram Super Nur yang akan memberi impak kepada peminat-peminat komik watak ini seperti mana yang terdapat dalam komik-komik US.
Beberapa kedai buku di Bandaraya Kuala Terengganu Warisan ini, ketika berkunjung di sana sudah kehabisan stok novel grafik Super Nur#1 ini. Barangkali, pembekalnya membekalkan dalam jumlah yang kecil.

Sunday, December 04, 2011
SUPER-NUR #1
SUPER-NUR #1 ~ HARIS NORMAN HARIZAN
RM 10.00
978-967-0342-17-7
~80 hlm
(Buku Prima)
Sebuah organisasi rahsia memiliki teknologi yang mendahului zaman sedang membangunkan teknologi penciptaan adiwira.
Melalui pelbagai kaedah sains kejuruteraan elektronik, mesin dan biologi, mereka mencipta pelbagai bentuk ‘kuasa’ yang menggabungkan manusia biasa untuk menghasilkan manusia luar biasa.
Semua itu berada di luar pengetahuan Azra Nazirah yang hanya bekerja sambilan di situ sementara menunggu keputusan SPMnya.
Walau apa pun agenda sebenar organisasi misteri itu, mereka tidak pernah merancang untuk mencipta Super-Nur.
(copy paste dari fb Harisss Norman)
Wednesday, November 16, 2011
Wuuhu Comic Online
http://www.wuuhuuonline.com/archive/comic
e-comic percuma di talian boleh dilayari. Sehingga kini sudah 15 isu. Siapakah antara pengkarya pelukis kartun dan komik? Saksikanlah di web tersebut.
Thursday, September 01, 2011
Sembang komik: Pergh Drink n Talk Hari Raya ke 2
Selepas solat maghrib di surau, bersiap-siap untuk turun ke bandar Kuala Terengganu. Singgah di pam minyak Caltex Hassan Hussein untuk mengisi tangki minyak dan sekali gus mengambil Plaster Kuning. Terpaksa turun awal, untuk menmgelakkan jem. Sampai di perkarangan Masjid Mutakabillah Ladang, angka jam digital di Citra sudah menujukkan pukul 8.40. setelah parkir lalu turun untuk mengambil wuduk dan terus masuk untuk masbuk dengan imam, sempat satu rakaat.
Kemudian, setelah selesai solat isyak, kami ke Resort Sumai bersebelahan dengan Hotel Primula untuk cari parkir di dalam, pak guard memberitahu parkir semua sudah penuh dan hanya untuk guest sahaja. Mujur ada sebuah parkir kosong di tepi. Lama tidak buat side parking dengan cara mengundur. Agak kekoklah juga. Naik dilobi dan telefon Kromosom.
Malam tadi event Pergh n drink yang tidak dirancang dapat mengumpulkan artis komik dan animator dari Kuala Lumpur. Kromosom menghubungi Kimball dan Silent Ghecko. Cadadang untuk bertemu diwarung Pak Maidin di batu Buruk beach resort, warung itu ditutup untuk pembesaran dan alternatif kami bersembang di gerai Intai-Intai, pekena teh tarik, setelah Penber dan Bering85 sampai sementara menunggu ketibaan Kimball dan Seilent Ghecko. Setelah masing-masing menikmati minuman mereka dan sembang-sembang komik, kami menukar destinasi ke TST di belakang Astaka di Tanjung. Mujur ada lagi meja kosong dan kami terus duduk dan order makanan yang sedia dimasak. Sambil menjamu selera kami sembang sampai jam 1.00 dan menghantar kromosom pulang ke Sumai, Kimball dan Silect Ghecko di tempat parkir di Batu Buruk. Perjumpaan yang singkat sangat bermakna dan yang tidak dirancang berjalan dengan bersahaja.

Wednesday, August 31, 2011
Jem tanpa roti
Sesudah menyiapkan nasi goreng ala American dengan sup kaki ayam tengah hari tadi hendak mengambil isteri yang habis syif kerjanya pukul 3 petang. Seluk poket seluar yang ditanggalkan sejak pagi tadi. Ada dua pesanan ringkas dari Kromosom dan Waverider. Terus balas kedua-dua pesanan ringkas. Pesanan ringkas dari Kromosom tanyakan saya samada free tak malam ini? Terus callnya dia sedang berada dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dan waktu dia berada di Kg. Pulau Kerengga. Kalau tiada aral akan bertemu raya dengannya di suatu tempat di BB.
Tidak pernah jalan-jalan dari K. Berang menghala ke Kuala Terengganu dan dari Kuala Terengganu melalui jalan Kedai Buluh sangat sesak sehingga ku mengambil masa hampir 1 jam setengah untuk menjemput isteri dan tiba di rumah. Temperature Citra sudah tinggi menddak sampai ke takat H. Cuak takut berasap dalam ke"jem"man. Tidak sangka warga peratau Terengganu beraya sakan di hari raya ke 2.

Sambutan Raya dan Salam Kemerdekaan ala-ala Touch n Go
Sambutan Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini disambut sederhana dengan bajet ala kadar. Bersederhana adalah jalan terbaik. Tiada gantian perabot baru dan langsir baru.Ramadhan telah meninggalkan kita, semoga ada peluang lagi menunaikan fardhu ini di tahun hadapan. Pagi kelmarin, setalah solat Aidilfitri di surau di kairiah taman, terus bersama anak2 dan isteri ke Perkuburan Tok Nahu, Bukit Payong untuk menziarahi pusara emak mertua. Sudah 6 tahun arwah bersemadi di situ, arwah emak mertua asalnya dari Lahad Datu, datang berziarah ke rumah kami kali pertama dan terakhir di Bukit Payong,setelah sebulan berada disini, arwah menghembuskan nafasnya dalam keadaan aman, pada petang Khamis ; 15 September 2008. Syukurlah, jemaah masjid khairiah taman membantu menguruskan pengebumian jenazah emak mertua pada malam itu jua. Setiap tahun, di perkhuburan Tok Nahu diadakan majlis baacaan tahlil untuk arwah-arwah yang bersemadi di situ.
Selepas bacaan Yassin dan tahlil, baru menziarahi pusara emak mertua. Balik ke rumah emak pada jam 10.30 dan sampai ke Kerteh sudah pukul 12.00 lebih. Raya tahun ini macam touch n go. Bersalam-salaman dengan emak dan adik beradik, juadah yang dihidangkan sama macam yang kami sedia di rumah: nasi himpit kuah kacang dan satey. Di rumah malas nak sediakan satey, bab bakar membakar tu. Tengah hari pergi menziarah pusara ayahnda, kakak (yang meninggal pada 25 Ramadhan 2008) suaminya yang meninggal tahun lepas dan paksu (bapa saudara adik sebelah mak). Selepas itu singgah di rumah arwah paksu. Anak dan menantu paksu yang baru balik dari Dubai menyediakan hidangan air zamzam dan khurma nabi.
Bertolak balik ke Kuala Terengganu sudah pukul 9.00 lebih dan dalam perjalanan balik pada mula agak lenggang. Kenderaan agak kurang, sangkaku. Di Rantau Abang baru nampak kenderaan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan banyak. Menoleh melalui cermin lihat belakang keretaku, pun sama menghala ke Kuala Terengganu. Ada masa ku pecut juga kereta dalam kegelapaan malam. Ketika masuk ke Peranginan Kg. Kelulut Marang, kereta-kereta yang berplet luar nampak dah slow down kerana keletihan memandu jarak jauh, kata isteriku. Sampai di rumah seudah pukul 11 00. Pagi, ini bangun setelah terdengar azan subuh. Pagi ini dah kena hantar isteri pergi kerja. Balik beli paper Berita Harian dan Kosmo. Salam Kemerdekaan dalam tidurku setelah membaca paper. Bangun, mencari sisa-sisa lebihan ketupat palas, nasi himpit, rendang ayam dan kuah kacang. Perghhhh.
Sebulan berpuasa, tiada lukisan dan contengan yang dilakukan. Hanya sebuah artwork di atas yang dipinta rakan fb untuk warnakan. Gaya lukisannya dan stroke berus memang ternyata seorang peminat komik US, lukisan ala-ala Conan dan Wolverine yang diberi judul Jati Tunggal: Kembali.
Artwork: Mohd Syahrin
Color: Kalamtimur

Wednesday, July 27, 2011
Komik Andika Neosantara Saga
Komik Andika Neosantara Saga yang dihasilkan oleh Nanzo telah siap dipasaran. Tidak sabar membaca komik hebat yang dilukis pelukis muda dan antara yang terbaik. Komik ini telah menang dalam IPCC 2010. Ianya boleh dipesan melalui talian di facebook Nanzo. Khabarnya, penerbitan komik ini ada sangat terhad, senaskah RM15 dan tambahan RM6 setiap satu untuk penghantaran pos laju.
http://www.facebook.com/andika.comic
Monday, July 18, 2011
Design Suam-suam Kuku V
Megat Kembar Ali aka Semerluki
Karekter ini diinspirasikan dari Sultan Muhammad Al Fateh, Penakluk Konstantinople. Design ini tidak sempat dikemaskini, apa pun tak boleh kerana tertinggal charger laptop di pejabat. Bateri yang ada tinggal berapa peratus sahaja. Tambahan pula, laptop HP mini ni tidak diinstalasikan dengan perisian photoshop dan peranti tablet.
Saturday, July 16, 2011
Design Suam-suam Susu Siri IV
Subscribe to:
Posts (Atom)