Monday, July 11, 2011

Design Suam-suam Susu Siri III



Si Langkuik diispirasikan dari seorang lanun yang tersohor Lang Merah, kebal dan amat ditakuti oleh penduduk didaerah Dungun sewaktu dahulu. Mengikut ceritera lisan arwah bapa dan ceritera yang tercatat dalam sejarah asal usul nama Jalan Tambun, Lang Merah merupakan ketua lanun yang sangat ganas dan telah bertemu buku dengan ruas dengan pendekar tersohor Dungun, iaitu Panglima Tambun (Tok Tambun).

Saturday, July 09, 2011

Design Suam-suam Susu Siri II



Takala disana khalayak ramai berhimpun. Siri II Suam-suam Susu diteruskan.

Monday, July 04, 2011

Design Yang Suam-suam Kuku




Puteri Merong Mahawangsa

Thursday, June 30, 2011

Sunday, June 19, 2011

character redesign battle: Panglima Hitam


Satu tribut untuk pahlawan lagenda daerah Dungun, Tok Tambun, ilham untuk character pergh battle #143.

Monday, June 13, 2011

Scrap 1



Semangat hendak melakar dan melukis datang balik.

Wednesday, June 01, 2011

1 Jun

Hahaha
Tup tup pejam pejam celik gi mari gi mari dah 1 Jun 2011

Saturday, May 14, 2011

Lama tidak memblog...

Lama tidak memblog.Semalam, blogger ini ada masaalah tidak dapat update. Fuh, tup tap, masa berlalu pantas. Petang tadi, menunaikan janji untuk bertemu Ismat@Plaster Kuning, seorang bakal pelukis komik. Mempunyai idea besar, dan saya percaya kalau bakatnya tidak diketengahkan sungguh rugi. Insya Allah, jika diizinkan akan membuat sebuah karya yang sedang digarap secara kolobrasi.

Pada waktu yang sama, sedang berlangsung Bulan Komik 2011 di Perpustakaan Negara Malaysia, di Jalan Tun Razak pada hari. Jadual pada hari ini ialah persembahan demonstrasi digital painting oleh Zamzami M. Zain, perbincangan oleh otai komik Yamin Daud dan Sireh.

Friday, December 17, 2010

Itu aja...

Salam Tahun Hijrah 1432, 11 Muharram. Alhamdulillah, syukur masih berpeluang menulis sepatah dua ayat di sesawang ini. Hendak menulis tentang apa? Apa-apa sahaja yang bermain di benak. Baru mengubah warna design dan tambah widjet waktu solat di hujung sana. Untuk mengingati diri sendiri supaya tidak mengabaikan fardhu itu.

Lama tidak mengemaskini dan melukis? Jawapannya mudah sahaja. Masa yang terluang itu sembang-sembang dengan kawan-kawan artis yang sudah maju dalam bidang mereka. Teruja juga melihat komik-komik dan hasil usaha mereka diterima masyarakat luar sana. Artis-artis komik baru pun nampak keberhasilannya dari sebuah buku komik yang diterbitkan telah bertambah kepada dua dan seterusnya. Bila awak punya hasilkerja contengan akan diterbitkan? Hehehehe, sengih sahaja lah. Itu aja yang hendak saya tuliskan. Insya Allah kalau kemenjadian tahun 2011, saya cuba hendak indiekan dengan rakan-rakan indie di luar sana.

Monday, November 01, 2010

Fire Phoenix?



Lama sudah tidak melakar di atas tablet. Waktu terluang yang ada digunakan untuk ber"fb" membaca tulisan dan komen di dinding kawan-kawan maya. Pergh! Sempat tidak sempat teringin hendak mengikuti CRB di pergh.com Apa yang terdaya dan termampu inilah hasil contengan dan palitan warna berdasarkan karekter Harley Quinn salah serong watak villian dalam siri-siri Batman. Tidak pernah pun saya kenali watak ini, kerana membaca dan membeli komik Batman bukanlah pilihan utama saya. Saya cuma minat stroke-stroke pelukis komik Marvel dari Asia Tenggara seperti Alan Aguilan, Ed Tadeo dan kawan-kawannya yang sudah berjaya menembusi kaerjaya komik yang didominasi oleh pelukis-pelukis omputih. Kalau tak silap, ramai sudah pelukis dari Asia seperti Nguyen turut melukis dan mendakwat komik Marvel dan DC.

Seorang rakan fb yang masih belajar di sebuah sekolah bertanyakan saya soalan stroke pelukis komik Malaysia lama di tahun 70'an dipanggil apa? Saya jawab dengan selamba kat ruangan chat, Oldschool. Tak betul tak apa.