Wednesday, August 31, 2011

Sambutan Raya dan Salam Kemerdekaan ala-ala Touch n Go

Sambutan Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini disambut sederhana dengan bajet ala kadar. Bersederhana adalah jalan terbaik. Tiada gantian perabot baru dan langsir baru.Ramadhan telah meninggalkan kita, semoga ada peluang lagi menunaikan fardhu ini di tahun hadapan. Pagi kelmarin, setalah solat Aidilfitri di surau di kairiah taman, terus bersama anak2 dan isteri ke Perkuburan Tok Nahu, Bukit Payong untuk menziarahi pusara emak mertua. Sudah 6 tahun arwah bersemadi di situ, arwah emak mertua asalnya dari Lahad Datu, datang berziarah ke rumah kami kali pertama dan terakhir di Bukit Payong,setelah sebulan berada disini, arwah menghembuskan nafasnya dalam keadaan aman, pada petang Khamis ; 15 September 2008. Syukurlah, jemaah masjid khairiah taman membantu menguruskan pengebumian jenazah emak mertua pada malam itu jua. Setiap tahun, di perkhuburan Tok Nahu diadakan majlis baacaan tahlil untuk arwah-arwah yang bersemadi di situ.

Selepas bacaan Yassin dan tahlil, baru menziarahi pusara emak mertua. Balik ke rumah emak pada jam 10.30 dan sampai ke Kerteh sudah pukul 12.00 lebih. Raya tahun ini macam touch n go. Bersalam-salaman dengan emak dan adik beradik, juadah yang dihidangkan sama macam yang kami sedia di rumah: nasi himpit kuah kacang dan satey. Di rumah malas nak sediakan satey, bab bakar membakar tu. Tengah hari pergi menziarah pusara ayahnda, kakak (yang meninggal pada 25 Ramadhan 2008) suaminya yang meninggal tahun lepas dan paksu (bapa saudara adik sebelah mak). Selepas itu singgah di rumah arwah paksu. Anak dan menantu paksu yang baru balik dari Dubai menyediakan hidangan air zamzam dan khurma nabi.

Bertolak balik ke Kuala Terengganu sudah pukul 9.00 lebih dan dalam perjalanan balik pada mula agak lenggang. Kenderaan agak kurang, sangkaku. Di Rantau Abang baru nampak kenderaan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan banyak. Menoleh melalui cermin lihat belakang keretaku, pun sama menghala ke Kuala Terengganu. Ada masa ku pecut juga kereta dalam kegelapaan malam. Ketika masuk ke Peranginan Kg. Kelulut Marang, kereta-kereta yang berplet luar nampak dah slow down kerana keletihan memandu jarak jauh, kata isteriku. Sampai di rumah seudah pukul 11 00. Pagi, ini bangun setelah terdengar azan subuh. Pagi ini dah kena hantar isteri pergi kerja. Balik beli paper Berita Harian dan Kosmo. Salam Kemerdekaan dalam tidurku setelah membaca paper. Bangun, mencari sisa-sisa lebihan ketupat palas, nasi himpit, rendang ayam dan kuah kacang. Perghhhh.

Sebulan berpuasa, tiada lukisan dan contengan yang dilakukan. Hanya sebuah artwork di atas yang dipinta rakan fb untuk warnakan. Gaya lukisannya dan stroke berus memang ternyata seorang peminat komik US, lukisan ala-ala Conan dan Wolverine yang diberi judul Jati Tunggal: Kembali.




Artwork: Mohd Syahrin
Color: Kalamtimur




No comments:

Post a Comment