Thursday, March 04, 2010
Jom berbaloi-baloi
Tahun 2010, membuka lembaran yang segar dan membuahkan harapan kepada penggiat2 komik yang berbakat besar. Kompeni komik membuka pintu seluas-luasnya kepada mereka yang ingin berkomik. PTS melalui Komik M mensasarkan penerbitan 4 buah komik sebulan. Artsquare pula menukarkan format dan melalui feedback fans, Gempak dan Utopia masih mendapat sambutan melalui sales dan aktiviti tahunan dan anjurannya. Ramai yang mencuba dalam Bakat Baru. G3, majalah terbitan Karangkraf dengan bergaya ada peminat dan humor tersendiri. Gila-Gila masih tidak berubah, CESB belum tampak usaha menerbitkan semula Fantasi yang diwawarkan. MOY, terus unggul dengan Apo dan Ujang. Comix21, akan berada di pasaran sempena KLIF2010. Rasakan debaran karya pemain-pemain baru dalam liga komik tanahair. Wisel sepak mula telah ditiup oleh Apai, editor majalah g3. Hehe, jalan-jalan cari komik.
majulah komik untuk negara.
ReplyDeleteitulah saya harap-harapkan, sama-samalah kita sokong.
ReplyDeleteada tak artis nak collabrate ngan saya? haha