Friday, February 19, 2010
Ini ada satu cerita...
credit to Tackian & Mook @ MC Productions 2007
Cuti Chinese New Year baru sahaja berlalu. Tentu kalian banyak dapat jemputan ke rumah terbuka bertemu rakan-rakan 1Malaysia. Dapat angpow dan makan limau. Banyak seronok, dapat balik kampung. Tengok wayang yang best-best ada lawan-lawan, drama dan baca komik seperti yang dilakukan oleh seorang sahabat pakcik, yang memang penggila komik. Ingat dia bukan gila, cuma gila komik sahaja tau.
Pakcik pun nampak teaser wayang sempena Chnese New Year ini cukup mantap dan gah! Ada judul best-best seperti One Little Soldier yang dilakonkan oleh star yang serba boleh. Seorang komedi semula jadi. Di tv pun, walaupun berulang kali ditunjuktayang, Stephen Chow yang menjadi kesukaan ramai di negara ini, The Royal Tramp. Sebuah cerita benar yang disulami rekaan.Pakcik sangat obses dengan cerita-cerita yang ada history. Kenapa mereka boleh berjaya melakar kejayaan dengan cerita rekaan diwayang dan mendapat sambutan hebat. Kemudian, DVD The Bodyguards and The Assassins menjadi santapan jiwa. Sangat best dan menyentuh kalbu tentang perjuangan semasa era Dr. Sun Yat Sen. Sahabat pakcik yang penggila komik itu ada menyentuh dalam entri blognya. Lantaklah apa gaya bahasa dia hendak tulis.
Semoga filem klasik sejarah Merong Mahawangsa dapat sambutan yang hangat apabila diwajibtayangkan.Kluang Man, The Movie khabarnya akan memulakan produksi pada bulan April ini. Syabas untuk team produksi tersebut. Aziz M. Osman akan memegang teraju utama sebagai pengarah, mengikut sumber di FB.Siapa bakal memegang karekter Kluang Man, mungkin kalian sudah tahu dari tempias-tempias FB. Tiongman, "tendangan kiri"nya sedang dicari-cari. Kalau pakcik, Johan Raja Lawak 1 sesuai memegang karekter tersebut, walaupun dia sudah tambah berat badan. Johan sangat lawak dengan caranya.
Utopia sejak beberapa isu ini turut menjadi sasaran belekan penggila komik. Beliaulah yang menyarankan pakcik supaya turut membelek. Ada komik yang sangat menerujakan seperti komik hasilan Virus AC yang hampir dekat hendak sama tapi tak sama macam Zint punya stail, Puyuh dan lain-lain. Komik Rage yang diterjemahkan dari bahasa Perancis oleh Nicholas Tackian dan Mook yang diberi judul Marah Tahap Dewa. Penggila komik itu tentu bengang bagaimana pakcik dapat info ini, itulah ini ada satu celita.
Di tahun 60an ke 70an, sudah tidak ingat. Pakcik ada terbaca sebuah komik yang dilukis oleh seorang yang bernama Fudzalli. Pada 15 Februari yang lalu, seorang remaja anak kepada Fudzalli Darmo telah mengutus emel. Beliau dalam emel ringkas memaklumkan ayahnya telah meninggal dunia pada bulan Oktober 2009. Katanya, arwahnya pernah melukis komik Istana Di Hutan, kalau tidak silap pernah tersiar di Fantasi. Al Fatehah buat arwah Fudzalli Darmo. Amin.
Al-Fatihah...
ReplyDeletekluang man nanti terhegeh2 mcm cicak man ke?
ReplyDeletehopefully tak over exegerated
ReplyDelete