Friday, November 06, 2009
Hujan di paras kuning
Hujan turun sekali sekala lebat di paras amaran kuning. Air naik di kawasan rendah amat membimbangkan. Kelmarin, tempat pakcik bertapa hampir separuh harian waktu berkerja mulai naik air sikit-sikit, parit dan longkang tidak dapat mengalirkan air hujan akibat kerja-kerja naik taraf parit besar dilakukan berdekatan,air dari kawasan kami tidak dapat mengalir secara normal. Bimbang akan paras air naik mendadak, angkatlah barang-barang dan letak di tempat yang tinggi. SMS dari tuan presiden masuk untuk jemputan ke mesyuarat PEKOMIK di Ikubator McDEC di KL Sentral. Terlepas lagi mesyuarat yang akan diadakan esok, Sabtu pada jam 2.00 tengah hari. Faktor cuaca dan sesuatu hambatan masa tidak mengizinkan berada bersama mereka, pengkarya PEKOMIK.
Pagi ini sementara menanti waktu solat Subuh, sempat sikit mendoodle Penjejak Awan yang masih dalam WIP. Kenapa membelasah karekter komik HK ini? Jawapan saya adalah latihan demi latihan untuk membiasakan diri membelasah watak sendiri dalam rangkaan. Biar pun lembab, sekian adanya.
No comments:
Post a Comment