Tuesday, March 03, 2009

asparaguscheponti'elponinglalat

......
Kelmarin telah habis siri Lagenda :Anak Bentong thriller 20 episod ( suam-suam kuku ) , membuat pakcik anak beranak tak sabar menanti kehadiran. Tak sempat nak menontonnya kerana ia bersiaran di tv3 pada sebelah petang, lalu kami menunggunya di sebelah malam selapas berita tv9. Tahniah kepada penerbit,penulis dan pelakon. Apa-apa pada pandangan pakcik masih ada ruang perlu disentuh dalam skrip dan scenenya sebagai contoh sepatutnya ada scene kehadiran pihak polis selepas berlaku satu-satu kematian watak yang dibunuh secara terancang atau kematian mengejut watak Hassan, Fatihah dan Suria. Pakcik rasa macam baca komik pula...apa-apa pun lakonan menarik dari pelakon2 semuanya. Besta hasta hanana!

Baru pakcik tahu, rupanya TV3 nih mengadaptasikan cerita-cerita wayang yang hitam putih dulu-dulu macam yang pernah Astro buat untuk telefilem berdasarkan Seniman P.Ramlee. Hehehe hasta pronto, petang nih pulak Julia Juli adaptasi dari Jula Juli Bintang 3. Best sangat ker?



Di Giant, Kuala Terengganu telah berlangsung jualan dan promosi produk CESB mulai Rabu, Februari 25 2009 , 9.00 pagi – Selasa hingga, Mac 3 2009, hingga 10.00 malam. Pakcik sempat juga mengutip kembali 3 kompilasi 3 Dara Pingitan -Cabai dan Mega Movie -Ambo.

Radio saban pagi menghebahkan movie Dragonball - Goku turut menjadi pilihan g3 untuk menghiasi cover majalah kartun bulan ini. Faiz pedatang baru dan kaleris g3 diberi peluang menyiapkan assigment sebagai pelukis ilustrasi covernya. Sentuhannya berganding dengan watak komikal Codet. Setakat ini pakcik slow sikit hendak menghabiskan malah keluaran terbaru ini, selak baca satu dua muka surat lepas tu kena layan pulak ikan-ikan dikaca.

Komikoo 8 telah berada di pasaran. Selamat kembali. Penantian yang cukup lama bagi mereka yang mengikuti perkembangannya. Ada pelbagai genre komik dan kartun didalamnya sentuhan Baba Chuah, Kromosom/DNA, Tangh/Faisal Mukhtar, Popiaman, Aimo, Eisu, Jamal, James Abdullah dan Zedd. Overall 4/5 bintang kepada Roy Ablah untuk isu ini.

No comments: