Cuti panjang semenjak hari Jumaat. Fuhhh, adik beradik berkumpul. Gelak-gelak menonton peserta Raja Lawak musim ke 3, siri 4. Yang menyerlah dengan tema alien @makhluk asing cuma peserta wanita, Jihan. Yang lain-lain, semua hanyut ke Pengkalan Berangan.
Gila-Gila pula tampil dengan tema GG Strikes Back, masih belum dapat menarik pembeli@pembaca baru. Nostalgia kepada yang lama dengan membawa kembali kartun Don, Apak serta artikel tulisan Prof. Mulyadi Mahamood mengenai DON, juga.Komik yang pernah keluar dalam majalah FANTASI, isu kali ini tiada. Coverage tentang pembikinan drama Aku Budak Minang, karya Ujang diarahkan oleh Zulkiflee M. Osman. Jumpa penonton di TV 2 nanti.
No comments:
Post a Comment