
Lama tak membelasah,MF Ajif moderator room Sketch and Conteng telah 'upkan' thread Pergh Sketchbook 2009.
Spoiler
Kedegilan robot 3nr13Q telah memaksa tentera robot merah bertindak. Sebelum 3 robot tentera merah planet Utara mahu melepaskan tembakan senjata mereka, robot mesin itu telah terlebih dahulu melepaskan tembakan yang pantas.
Kelima-lima remaja itu bertempiaran menyelamatkan nyawa mereka. Tembak menembak berlaku antara MEGA-3LLN dan 3nr13Q Enriquez.
“ 3nr13Q, kamu adalah pembelot besar, juga kepada kaummu! Lupakah kamu pada 510 tahun dahulu?”
“ Kenapa aku harus lupa, Bzztt. Bzzt.. Kamu telah membawa aku jauh dari sana. Bumi Melaka..Bzzt…bzzttt”
“ Haha…haha, kembalikan cekera alam itu,” lalu MEGA-3LLN menembak 3nr13Q . 3nr13Q pun melompat ke udara sambil menangkis serangan. Tiba-tiba sebuah mesin robot lain muncul lalu membuat libasan senjata seakan keris panjang zaman Tuah. Dan tiba-tiba baju zirah MEGA-3LLN telah ditembusi oleh sebilah senjata. Robot misteri pun berdiri tercegat, senjata di tangan kirinya, dan sebuah perisai di tangan kanannya.
“ 3nr13Q kerana berjaya menjerat mereka ke sini. Pergilah, kamu jauh-jauh dari sini.”
“ Lapu-lapu, aku mengucapkan jutaan terima kasih, Semoga nama kamu akan tercatat dalam lipatan sejarah. Bzzzt… bzzttt”
No comments:
Post a Comment