Awal pagi redah hujan untuk hantar wife pergi kerja, air sudah pun bertakung di atas jalan di beberapa tempat. Infrastruktur pesat, jalan dua lorong dua hala macam lebuhraya, sayang sistem peparitan dan perlongkangan tidak di ambil kira. beberapa daerah telah ditenggelami air dan yang sudah berpindah. Hujan turun, dalam tempoh 5 hari lebat dan sebelah malam hingga ke pagi. Redah hujan untuk ke kedai mencari akhbar dan memjelaskan bil-bil utiliti, basah ketika posmen menghantarnya, 2-3 hari yang lalu. Telepon post-bayar tidak boleh menghubungi dan menerima SMS, saya tanya kaunter M***s, katanya tiada line. Entah lah.

Selepas menjelaskan utiliti bil, singgah di PSI. Jenguk untuk mencari Komikoo. Peh, hampa jugak.Dah jenuh turun dan melilau berhari-hari. belek-belek punya belek dengan rak komik, walaupun nampak lusuh berjaya juga mengutip 3 buah komik US keluaran tahun 2007. Komik Batman, Fantastic Four dan Starwars. Janji boleh beri kepuasan bila balik rumah nanti. Nampak 2 buah komik Batman siri R.I.P # 679 dan #680 di antara komik-komik US baru tiba. Wah...RM10.70 satu kalu sambar dua dah RM 21.40? Baik sambar yang murah dulu, mungkin kalau nak kan turun cari lagi, kalau tidak lupakan sahaja.
4 comments:
HUHH.DAH LAMA RASENYE TAK BACA BATMAN.....
dah ada kat pasaran dua-dua siri RIP tu
haha! saya gak cam cikgu. tetinjau-tinjau, tejenguk-jenguk, tecari-cari, tetunggu-tunggu majalah yang saya suka bila la nak sampainye...
"..penantian suatu seksa yang tidak tertanggung
oleh tubuh ku yang kering dan layu..."
hua hua hua, g3 mmg on-time sampai... dah angkat dulussss minggu lepas sebelum banjir melanda hahaha cover padi mmg up-codet...eh silap up to date...
Post a Comment