Sunday, November 09, 2008

Orang Minyak Naik Minyak

Baru sahaja lepas layan Projek Inspirasi P. Ramlee diterbitkan oleh Trinini Media, produksi milik aktor, pengarah dan penulis skrip Adlin Aman Ramli. Telefilem disiarkan di saluran TV berbayar, Astro Prima. Orang Minyak Naik Minyak dilakonkan oleh Que Haidar sebagai Jerry Sulaiman pelakon yang baru mencipta nama dalam perfileman tanah air. Selain Que Haidar, turut menjayakan telefilem Orang Minyak Naik Minyak ialah Shoffi Jikan, Jalil Hamid, Jue Aziz, Musly Ramly, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli sendiri sebagai produser filem yang membuat filem sebagai tribut untuk allahyarham P. Pamlee, Lagenda Filem. Skrip ditulis oleh Adlin Aman Ramli dan diarahkan oleh Afdlin Shauki.

No comments: